Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ada golongan yang berpendapat kerajaan hari ini tidak harus dipertahankan semata-mata kerana ketegasan membenteras rasuah.
Menurut beliau, golongan itu merasakan lebih baik memilih kerajaan terdahulu yang akan memberi bantuan dan wang secara percuma.
Katanya, walaupun pemberian itu haram tetapi mereka mendapat pendapatan yang lebih daripada yang sepatutnya diperolehi.
“Ada yang berpendapat demikian iaitu kerajaan yang ada ini tidak sebaik kerajaan yang baru lepas kerana kerajaan ini tidak membenarkan kita menerima wang rasuah.
“Justeru, mereka menganggap bahawa kerajaan ini tidak harus diteruskan, sebaliknya kembali kepada kerajaan rasuah yang akan menguntungkan.
“Tetapi percayalah, apabila pemimpin dan kerajaan pilihan rakyat sendiri mengamalkan rasuah, kita akan jadi mangsa,” katanya ketika berucap pada majlis townhall bersama penjawat awam negeri Perak di Ipoh pada Ahad.
Hadir sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Zainal Azman Abu Seman.
Tun Mahathir mengajak penjawat awam bersama-sama berkorban dan membersihkan diri daripada rasuah demi untuk masa depan negara yang lebih baik.
Dalam pada itu, beliau menekankan pentingnya perkongsian segala kekayaan negara dengan semua rakyat tanpa kira kaum, agama atau warna kulit.
Katanya, perkongsian itu juga perlu adil agar kerana itulah yang dituntut oleh rakyat yang telah memilih kerajaan.
Menurut Perdana Menteri, jika ia dilakukan dengan baik dan adil, negara akan terus aman, tanpa tekanan, rusuhan dan keganasan.
“Kalau kita abaikan usaha untuk mengagihkan kekayaan negara kita ini dengan baik, maka akan berlakulah perasaan tidak senang antara satu sama lain dan perasaan ini lama kelamaan akan mencetuskan huru hara dalam negara kita, bahkan lebih daripada itu.
“Sebab itu dalam semua usaha kita, kita tentukan, agihkan kekayaan negara, peluang-peluang dalam negara dan macam-macam lagi hasil daripada pentadbiran yang tidak terlibat dengan rasuah tetap akan dirasai oleh kita semua,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun May 05 2019
TUN M: Ada yang berpendapat kerajaan sekarang tidak sebaik kerajaan lepas kerana kerajaan ini tidak benarkan terima rasuah. - Gambar fail/BERNAMA
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Agong, Raja-Raja sokong kerajaan pertingkat tatakelola bersih negara daripada rasuah - PM
Perdana Menteri memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja sealiran menyokong langkah kerajaan mempertingkat tatakelola membersihkan negara daripada amalan rasuah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 November 2023.
Rasuah, pembaziran beri kesan agihan kepada golongan memerlukan - PM Anwar
Amalan rasuah, penyelewengan dan pembaziran perlu dihentikan kerana ia memberi kesan pengagihan kepada golongan memerlukan.
Amalan rasuah dalam pilihan raya membimbangkan - Fahmi Fadzil
Amalan rasuah bagi mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya di negara ini membimbangkan, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.
Azam Baki perlu diganti demi memastikan kebebasan SPRM - C4 Center
C4 Center menegaskan Azam mesti diganti sebagai sebahagian daripada pembaharuan segera bagi memastikan kebebasan SPRM dalam melaksanakan tugas.
Filem Anwar: The Untold Story buat PM tersentuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentuh dengan filem "Anwar: The Untold Story" yang mengangkat kisah perjuangan politik beliau.
Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis
Perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara, titah Tuanku Syed Sirajuddin.
Rakyat akan rasai kesan jika rasuah tidak dihapuskan - Hussamuddin
Rakyat perlu dengan tegas dan jelas menolak mana-mana pemimpin yang terlibat dengan rasuah biarpun mempunyai idea-idea yang menarik.
'Ada yang tidak suka PH, kerana kami tak benarkan rasuah' - Tun M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat kalangan rakyat mahu kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak diteruskan.
Kerajaan Pakatan Harapan bersih - Guan Eng
Kerajaan PH adalah sebuah kerajaan bersih yang akan memastikan setiap ringgit dibelanjakan dapat dilihat hasilnya oleh rakyat tanpa berlaku ketirisan, penyelewengan, salah laku dan rasuah.