awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Kota Damansara, Izuan Kasim sedia tanding jawatan Timbalan AMK

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/03/2025
04:00 MYT
ADUN Kota Damansara, Izuan Kasim sedia tanding jawatan Timbalan AMK
Muhammad Izuan berkata, prinsipnya konsisten iaitu memperjuangkan hak setiap rakyat Malaysia agar mendapat keadilan dan pembelaan yang sah di sisi undang-undang.
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Mohd Kasim menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, beliau yang juga Ketua AMK Selangor berkata, pemilihan kali ini bukan sekadar memilih kepimpinan semata-mata, tetapi juga menentukan masa depan AMK bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Muhammad Izuan berkata, berdamping dengan PKR sebagai sukarelawan sejak 2011, seterusnya menjadi ahli tetap pada 2014, prinsip beliau konsisten, memperjuangkan hak setiap rakyat Malaysia agar mendapat keadilan dan pembelaan yang sah di sisi undang-undang.
“Berjuang demi keadilan bukan sekadar retorik, tetapi prinsip yang saya pegang teguh sejak zaman mahasiswa.
“⁠Dengan Perdana Menteri datangnya dari KEADILAN, menjadi tanggungjawab AMK untuk memastikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kukuh dan KEADILAN kembali merampas kerusi yang terlepas,” katanya lagi.
Muhammad Izwan berkata, berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam medan pilihan raya pelbagai peringkat di seluruh Malaysia membuatkan beliau memahami denyut nadi akar umbi dan cabaran sebenar di lapangan.
“Berbekalkan pengalaman ini, saya berikrar untuk memperkasa gerak kerja parti agar lebih tersusun, bersedia, dan ampuh untuk menghadapi pilihan raya akan datang. ⁠ “Dengan penuh keinsafan, semangat perjuangan yang tidak pernah padam dan tekad yang tidak pernah goyah, saya menawarkan diri sebagai Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia bagi sesi 2025-2028. Saya pohon sokongan dan dokongan rakan-rakan untuk bersama menggerakkan AMK ke arah PRU ke-16,” katanya lagi.
Setakat ini belum ada individu lain yang menawarkan diri untuk merebut jawatan nombor dua sayap tersebut.
Sementara itu, Timbalan AMK bagi penggal kini, Kamil Munim yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan, telah memutuskan untuk bertanding jawatan Ketua AMK manakala penyandang jawatan tersebut Adam Adli, akan bertanding dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Media sebelum ini melaporkan tempoh penamaan calon kepimpinan PKR peringkat Pusat ialah pada 3 dan 4 Mei, manakala hari pengundian adalah pada 24 Mei, 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebelum ini dilaporkan berkata, senarai muktamad pencalonan bagi Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang akan diumumkan pada 28 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Izuan Kasim
#ADUN Kota Damansara
#pemilihan PKR
#Timbalan AMK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan