KOTA KINABALU: Selepas seminggu khabar angin keluar parti, hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Yusof Yacob menamatkan spekulasi sekali gus mengumumkan keluar Parti Warisan (Warisan) untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Warisan berkata, tindakan itu diambil kerana mahu membantu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan daerah Sipitang dalam menyelesaikan pelbagai masalah, selain berusaha membawa pembangunan ke kawasan itu.
Malah, Yusof menegaskan, tindakannya itu adalah keputusan peribadi tanpa tekanan atau pengaruh daripada sesiapa.
"Saya tidak menerima tekanan malah ini adalah keputusan (keluar parti) peribadi saya. Saya mahu fokus bekerja untuk rakyat yang saya wakili iaitu DUN Sindumin.
BACA: ADUN Sebatik sah sertai Bersatu
BACA: Warisan saman ADUN Sebatik
"Saya memilih untuk bekerjasama, memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang memerintah Persekutuan.
"Saya juga memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri Sabah demi kepentingan rakyat untuk kestabilan politik negeri dan juga kestabilan politik negara walaupun sumbangan saya ini mungkin kecil," katanya pada sidang media pada Jumaat.
Selain itu, Yusof berkata beliau telah berbincang dan menyatakan hasrat keluar parti dengan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Semporna itu tiada halangan untuk beliau berbuat demikian.
"Kita bincang sebagai sahabat, beliau tiada halangan kerana dalam politik begitulah keadaannya. Saya secara peribadi tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, saya mahu jaga rakyat mahu jaga negeri Sabah.
"Saya dengan Warisan tiada masalah dan bersikap terbuka, saya bersedia dengan apa-apa tindakan selepas ini. Saya juga akan memberi surat makluman kepada Speaker DUN, Datuk Kadzim M Yahya," katanya.
BACA: Adun Sebatik umum keluar Warisan, jadi Bebas sokong GRS
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018, Yusof, 66, menang kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 760 undi dalam saingan tiga penjuru, sebelum mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, tahun lalu dengan majoriti 424 undi dalam saingan enam penjuru.
Dengan perkembangan terbaru itu, Warisan yang memenangi 23 kerusi DUN pada pilihan raya tersebut, kini tinggal 20 kerusi setelah ADUN Bugaya Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia November tahun lepas dan ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir keluar parti pada Februari lalu.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Oct 08 2021
Yusof (dua kanan) mengumumkan secara rasmi keluar daripada Parti Warisan Sabah pada sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
Sempena Hari Pekerja, PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
Yusof nafi tandatangan surat letak jawatan sebagai ADUN
Beliau membuat penafian itu berhubung satu surat bertarikh 8 Oktober lalu yang didakwa ditandatangani sebelum ditularkan di media sosial beberapa hari lalu.
Awang Ahmad Sah dilantik Ketua Penerangan Warisan
Datuk Awang Ahmad Sah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah menggantikan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yaakob.
Yusof Yacob tamatkan spekulasi, umum keluar Warisan dan sokong kerajaan
Bekas Ketua Penerangan Warisan itu mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.