RANAU: Situasi terlalu bergantung kepada import bekalan dalam memenuhi permintaan beras di Sabah wajar dihentikan bagi mengukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata pada masa ini tahap sara diri (SSL) Sabah bagi bekalan beras pada 22.8 peratus, dengan SSL yang amat rendah itu menyebabkan kebergantungan yang tinggi Sabah terhadap bekalan beras sumber import bagi memenuhi permintaan.
Sehubungan itu, katanya kerajaan Sabah bertindak dengan tuntas bagi meningkatkan tahap SSL apabila pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
"Lembaga ini sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan pengeluaran dan keselamatan makanan di negeri ini. la juga antara usaha kerajaan negeri meningkatkan tahap SSL beras.
"Pada masa sama, keadaan cuaca yang tidak menentu juga amat memberi kesan terhadap hasil pertanian, termasuk di negeri ini," katanya dalam ucapan pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau pada sambutan bertemakan 'Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan' itu dibacakan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan turut hadir Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam serta kira-kira 5,000 hadirin.
Hajiji berkata kerajaan negeri juga telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pengurusan tertinggi di peringkat Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bagi membincangkan dan menangani isu keterjaminan makanan.
Beliau berkata menerusi Bajet 2024 negeri, insentif Pembajakan Sawah Padi dengan peruntukan sebanyak RM18 juta dilaksanakan bagi membolehkan pesawah meningkatkan hasil padi mereka.
"Inisiatif lain yang turut diambil termasuk pemulihan tanah sawah terbiar pembangunan padi tanah kering, penambahan bilangan jentera pembajak dan jentuai. Bantuan baja pada kadar optimum serta subsidi penjualan padi turut diberikankepada semua pengusaha dengan peruntukan RM5.16 juta," katanya.
Beliau berharap pemain sektor pertanian, penternakan, dan perikanan terus meningkatkan hasil bagi menyediakan bekalan makanan mencukupi kepada masyarakat dan mengambil peluang menerusi pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan negeri.
Sementara itu, Hajiji meminta semua pihak supaya menjadikan Sambutan Pesta Kaamatan 2024 sebagai medan perpaduan dalam kalangan masyarakat selain mensyukuri nikmat yang telah diberikan Tuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
HAJIJI: Situasi terlalu bergantung kepada import bekalan dalam memenuhi permintaan beras di Sabah wajar dihentikan bagi mengukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini. -Gambar fail/Bernama
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Penubuhan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan - Hajiji
Komitmen kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Hajiji gesa lebih banyak perkongsian awam-swasta untuk lindungi kepelbagaian biodiversiti hutan Sabah
KRCP membuktikan bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama secara berkesan melalui penglibatan dan pemerkasaan masyarakat setempat.