awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Warisan yakin PM akan pilih Ahli Parlimen Sabah

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
19/05/2018
06:03 MYT
ADUN Warisan yakin PM akan pilih Ahli Parlimen Sabah
Uda ketika menghadiri Majlis Pesta Kaamatan Kanadaru 2018 di Dewanraya Kampung Kanangan, Putatan, hari ini. - Astro AWANI
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Uda Sulai yakin bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan melupakan wakil rakyat dari Sabah untuk dilantik menjadi Menteri dalam Kabinet Persekutuan.
Menurut Uda, kerajaan sebelum ini tidak pernah melupakan wakil rakyat dari negeri Sabah malah ramai antara mereka telah dilantik untuk mewakili Sabah di peringkat Persekutuan.
Tambahnya, akan ada beberapa Ahli Parlimen daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) yang akan dilantik untuk mewakili negeri Sabah untuk menerajui kepimpinan dalam Kabinet Persekutuan.
"Saya yakin bahawa Tun Dr. Mahathir tidak akan melupakan Sabah dan saya yakin penuh beliau akan melantik menteri yang bertanggungjawab daripada negeri ini khususnya dalam kalangan Ahli Parlimen Warisan yang menang.
"Saya fikir ini tidak ada masalah kerana memang beberapa tahun dulu, kerajaan-kerajaan dulu tidak pernah melupakan Sabah malah terdapat banyak yang dilantik dari Sabah.
"Jadi kali ini, kalau boleh kita juga minta lebih daripada yang dulu kerana banyak masalah yang perlu kita atasi di peringkat Persekutuan," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pesta Kaamatan Kanadaru 2018 di Dewanraya Kampung Kanangan, Putatan, pada Sabtu.
Turut hadir Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari dan Penaung Jawatankuasa Tadau Kaamatan Kanadaru,Paul Nointien.
Dalam pada itu, Uda yang juga Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri turut mengulas mengenai kementerian baharu iaitu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.
Jelas Uda, kewujudan kementerian baharu itu adalah untuk menyelesaikan kekeliruan yang berkait rapat dengan hal ehwal anak negeri Sabah dan merupakan satu langkah yang tepat buat kerajaan baharu.
"Kementerian ini khususnya untuk melihat dan memperbaiki hal ehwal anak negeri yang sebelum ini berlakunya kontroversi.
"Ini juga merangkumi semua aspek seperti pentadbiran tanah, kekeliruan mengenai Mahkamah Syariah dan kekeliruan mengenai pengesahan-pengesahan orang yang datang semua.
"Saya ingat, kementerian ini sangat diperlukan dan oleh yang demikian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mewujudkan kementerian ini," katanya.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Mahathir Mohamad
#Parti Warisan Sabah
#Perdana Menteri
#politik
#Sabah
#Uda Sulai
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan