awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad

Bernama
Bernama
05/06/2023
22:00 MYT
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Ahmad bercakap kepada pemberita selepas Program Pelancaran Jentera PRN Peringkat UMNO Marang di Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Marang, 5 Jun 2023. --fotoBERNAMA
MARANG: Proses agihan kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai sepenuhnya, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said.
Beliau berkata proses agihan tersebut selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan beliau telah menyerahkan keputusan agihan tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dimuktamadkan.
"Presiden sama presiden akan bincang. Tunggulah... biar mereka selesaikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRN 2023 Peringkat UMNO Bahagian Marang di Wakaf Tapai, di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail.
Katanya, BN juga telah menyenarai pendek nama-nama calon yang bakal bertanding untuk kerusi DUN Terengganu pada PRN tidak lama lagi.
Sementara itu Ahmad, yang juda bekas Menteri Besar Terengganu, menafikan laporan akhbar yang mendakwa pihaknya sudah mengumumkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, sebagai calon untuk PRN akan datang.
"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon)," katanya.
Jumaat lepas, sebuah akhbar melaporkan Ahmad Razif diumum sebagai calon pertama mewakili BN untuk bertanding dalam PRN bagi mempertahankan kerusi DUN Seberang Takir.
Selain Terengganu, lima negeri lain akan mengadakan PRN iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#Ahmad Razif Abd Rahman
#agihan kerusi
#PRN Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan