awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Faizal hampir pasti jadi Timbalan Presiden Bersatu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/07/2020
03:53 MYT
Ahmad Faizal hampir pasti jadi Timbalan Presiden Bersatu
Ahmad Faizal telah menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden Bersatu. - Gambar fail
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu percaya ketiadaan calon lain bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi laluan mudah kepadanya.
Menteri Besar Perak itu berkata, beliau telah menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden Bersatu dan yakin akan memegang jawatan itu untuk penggal seterusnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, pengumuman secara rasmi mengenainya akan dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar apabila tiba masanya.
“Saya telah menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden Bersatu.
"Harapan saya sewaktu menawarkan diri adalah untuk memberi kerjasama dan sokongan kepada Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin).
“Dan, diberitakan semalam bahawa cuma ada satu calon tunggal untuk jawatan tersebut. Ia membolehkan saya dinamakan sebagai Timbalan Presiden apabila tiba masanya nanti,” katanya hari ini.
Ahmad Faizal berkata demikian kepada pemberita selepas melawat rumah mendiang Youghan Mahalingam, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
BACA: Muhyiddin menang tanpa bertanding Presiden Bersatu
BACA: Bersatu: Tun Mahathir boleh kembali jadi Pengerusi tetapi bersyarat
Katanya, buat masa kini, penting untuk persiapkan parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya umum (PRU) serta memperkukuhkan parti dan memberi kekuatan kepada Presiden dan Perdana Menteri dalam mentadbir kerajaan.
Mengenai kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, beliau berkata, perkara itu masih dalam perbincangan, termasuk parti mana dari Perikatan Nasional yang akan diberi mandat untuk bertanding di kawasan itu.
BACA: ADUN Slim, Khusairi Talib meninggal dunia
BACA: UMNO bincang kekosongan kerusi DUN Slim 24 Julai
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Menteri Besar Perak
#Muhyiddin Yassin
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#pemilihan parti
#Syed Hamid Albar
#Timbalan Presiden Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan