awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Idham dilantik Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
25/04/2022
01:15 MYT
Ahmad Idham dilantik Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay
Pelantikan Ahmad Idham disaksikan Pengerusi Perhubungan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari (tengah) di Majlis Berbuka Puasa di pejabat Bersatu bahagian Ampang - Foto Ahmad Idham
AMPANG: Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pinggiran Ukay, Bahagian Ampang.
Jelasnya, pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk beliau galas namun komited demi memastikan perjuangan Hab Pendidikan Khas serta usaha membina sistem sokongan komuniti yang mapan ini dapat direalisasikan.
Dalam kenyataannya pada Ahad, Ahmad Idham kini giat memperjuangkan Hab Pendidikan Khas bagi mewujudkan satu sistem sokongan komuniti (Community Support System) dan ia telah mendapat perhatian masyarakat setempat.
Jelasnya perjuangan yang beliau usahakan ini telah memberikan impak positif kepada masyarakat Ampang yang mempunyai anak istimewa.
Ia juga jelasnya selari dengan asas perjuangan Bersatu untuk memberikan khidmat bakti serta sentiasa prihatin kepada semua masyarakat berbilang kaum.
Ahmad Idham turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan Bersatu Selangor kerana melihat perjuangan ini merupakan perjuangan yang besar kepada masyarakat khususnya golongan anak-anak istimewa.
Ia sekaligus dapat memberi ruang kepadanya untuk terus mengangkat perjuangan Hab Pendidikan Khas ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Idham
#Bersatu
#anak istimewa
#Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan