KUALA NERUS: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, lantikan berkenaan berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata pembabitan kembali bekas Menteri Besar itu diharap dapat memacu pembangunan di tiga daerah di bawah pentadbiran Ketengah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Katanya, Ketengah juga akan memberi tumpuan dalam melahirkan usahawan baharu di kalangan penduduk kawasan luar bandar.
Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.
Katanya, parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.
"Namun kita bergerak sebagai satu jentera, jentera kebersamaan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wed Mar 29 2023

Ahmad Zahid berkata, pembabitan kembali Ahmad (gambar) diharap dapat membantu membangunkan Ketengah sebagai hab pengeluaran makanan dan pelancongan di Terengganu. - Gambar fail

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Maxis ulangi komitmen untuk tandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB
Maxis Bhd (Maxis) mengulangi komitmennya untuk menandatangani perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.

Anak bekas menteri akan fail representasi berhubung tuduhan libatkan minyak masak
Mahkamah menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Setiausaha syarikat ditahan bantu siasatan kes penipuan RM207,832
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

SPRM tahan pegawai imigresen bantu siasatan terima rasuah lebih RM500,000
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi.

Ribut siklon Biparjoy dijangka terus mengganas - IMD
Siklon itu akan bergerak hampir ke utara dalam tempoh 24 jam seterusnya dan kemudian ke utara-barat laut dalam tempoh tiga hari berikutnya.

Polis tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
Seramai 16 ahli sindiket warga tempatan termasuk enam wanita, berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun ditahan.

Teknologi awan, pusat data main peranan besar dalam Digital Malaysia - Fahmi
Teknologi awan dan pusat data adalah perkara asas untuk mencapai sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK pada 2025.

Terbuka Singapura: Tze Yong, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Perseorangan badminton lelaki negara Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Ireland.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada masa ini, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.66 peratus kepada AS$76.79 setong.

Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.

UMNO Terengganu tak ada masalah gabung dengan PH rampas Terengganu
Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PH untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada Pas pada PRN kali ini.

PRN: UMNO Terengganu belum muktamad bahagi kerusi dengan PH
Datuk Seri Ahmad Said berkata proses rundingan berhubung perkara itu masih dilaksanakan bersama Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak timbul isu pencemaran Tasik Puteri - Ahmad Said
Hanya aktiviti sukan seperti kayak atau berperahu dibenarkan di kawasan berkenaan walaupun airnya kelihatan sangat jernih.

Ahli UMNO Kuala Nerus hantar aduan kepada RoS tidak wakili UMNO Terengganu - Ahmad Said
Tindakan seorang ahli UMNO Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah bersifat peribadi.

UMNO Terengganu fail petisyen batal keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen
Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Jawatan Presiden UMNO: Kelangsungan parti lebih penting daripada individu - Ahmad Said
Situasi seperti itu pernah berlaku sebelum ini malah tindakan itu juga dibenarkan, tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.

Ahmad Said fail petisyen mohon batal keputusan PRU15 Parlimen Marang, Kemaman, Kuala Terengganu
Petisyen itu dibuat kerana didakwa berlaku pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu semasa PRU15.

PRU15: BN Terengganu sedia hadapi banjir - Ahmad Said
Perkara itu sudah menjadi rutin bagi UMNO dan BN untuk tampil ke hadapan membantu rakyat setiap kali mereka dalam kesusahan.