awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Yakob tidak berminat jawatan Mursyidul Am PAS

Bernama
Bernama
22/09/2016
00:40 MYT
Ahmad Yakob tidak berminat jawatan Mursyidul Am PAS
Ahmad Yakob memberi alasan untuk menolaknya kerana sibuk dengan pelbagai komitmen lain. - Gambar fail
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa dengan jawatan tersebut mencadangkan supaya tokoh lain dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Haron Din.
Beliau yang juga Menteri Besar (MB) Kelantan memberi alasan untuk menolaknya kerana sibuk dengan pelbagai komitmen lain.
"Saya dengan secara jelas, pohon supaya sahabat-sahabat lain mengambil (tugas) sebagai Mursyidul Am. Saya kalau boleh (mahu) kekal sebagai timbalan (Mursyidul Am PAS). Ada yang layak dalam PAS, tapi saya tak boleh nak cadangkan secara terbuka.
"Bagaimanapun bagi saya, saya rasa lebih baik saya kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am. Saya banyak tugas, MB lagi, Pesuruhjaya (PAS Kelantan) lagi, kita agih-agihlah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.
Ustaz Haron Din meninggal dunia pada 16 Sept lepas semasa mendapat rawatan di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Ditanya sekiranya Majlis Syura Ulama PAS mahu beliau menyandang jawatan tersebut, Ahmad berkata: "Itu (Majlis Syura Ulama) tidak mesyuarat lagi, (jadi) tak boleh andai. (Saya beri) signal (isyarat) lah (kekal) sebagai timbalan. Itulah sebaik-baiknya." - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Haron Din
#majlis syura ulama PAS
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan