awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid perlu letak jawatan elak 'dibuli' Bersatu - Ahmad Tajuddin

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2021
08:12 MYT
Ahmad Zahid perlu letak jawatan elak 'dibuli' Bersatu - Ahmad Tajuddin
Ahmad Tajuddin berkata, Presiden UMNO itu perlu melepaskan jawatan dan meninggalkan tanggungjawab sekiranya difikirkan tidak lagi mampu menguasai ahli MT parti. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes-kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah 'dibuli' oleh saingan politiknya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas atau lain-lain.
Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, Presiden UMNO itu juga perlu melepaskan jawatan dan meninggalkan tanggungjawab sekiranya difikirkan tidak lagi mampu menguasai ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.
"Dia keterlaluan menjadikan kuasa sebagai matlamat parti akhirnya menjadikan UMNO hilang arah tuju.
"Kesannya dilihat sebagai tidak berpendirian dan mudah dipergunakan oleh parti-parti saingan politik sama ada Bersatu, Pas dan lain-lain," katanya semasa dihubungi pada Isnin.
BACA: UMNO nafi Majlis Kerja Tertinggi tolak Bersatu dan PN
BACA: Zahid dedah pembentukan kerajaan PN berdasarkan satu undi Sebelum ini, Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO menafikan laporan berita bahawa MT membuat keputusan menolak kerjasama antara Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang. Jelas JKS, laporan yang dibuat media mengenai penolakan kerjasama itu tidak betul dan ibu pejabat UMNO menandang serius dakwaan berkenaan. Dalam pada itu kata Ahmad Tajuddin, Ahmad Zahid harus berdepan apa jua pendakwaan di mahkamah sebagai cabaran demi survival UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika menolak kerjasama PN termasuk memutuskan hubungan dengan Muafakat Nasional (MN). "Ahmad Zahid perlu membuat pilihan untuk BN terus bergerak ke hadapan, dan pada masa sama menegaskan pendirian UMNO dan BN berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secara bersendirian," katanya. Ujarnya lagi, Ahmad Zahid perlu juga menerangkan arah tuju UMNO yang sebenarnya. "Apakah pembentukan UMNO pada tahun 1946 hanya merupakan pertubuhan untuk mendapatkan kuasa atau ianya permulaan kepada satu pembangunan tamadun Melayu, penerusan daripada apa yang telah dimulakan oleh Raja-raja Melayu dan pimpinan Melayu sebelum dan semasa zaman penjajah," ujarnya. Ahmad Zahid sebelum ini mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan PN hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja. Katanya, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didukung seramai 113 orang ahli Parlimen. Menurutnya, untuk membentuk kerajaan, ia memerlukan sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#UMNO
#PAS
#Barisan Nasional
#majlis tertinggi
#Ketua UMNO Bahagian Paya Besar
#Melayu
#Ahmad Tajuddin Sulaiman
#PRU15
#pilihan raya umum
#letak jawatan
#pilihan raya
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan