Skip to main content

Dunia

Tiga cedera terkena letupan di pusat mengundi, ahli politik meninggal dunia di Bangladesh

Mohibuzzaman Kochi, 55, a former office secretary of the Khulna city BNP unit and a resident of Haji Mohsin Road, collapsed during a confrontation between rival political supporters around 8:00 am. (Photo: Social Media)
Mohibuzzaman Kochi rebah ketika berlaku konfrontasi antara penyokong politik yang bertelagah sekitar jam 8 pagi. - Gambar media sosial

DHAKA: Tiga orang mengalami kecederaan ringan selepas sebutir bom buatan sendiri meletup di sebuah pusat mengundi di Daerah Gopalganj, kira-kira 100 kilometer ke barat daya ibu negara Dhaka pada pagi Khamis semasa pilihan raya umum berlangsung, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Pegawai kanan polis di Gopalganj, Md. Sarwar Hossain memberitahu wartawan, letupan itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan di pusat mengundi Sekolah Antarabangsa Reshma.

Advertisement

Letupan itu menyebabkan kecederaan ringan dan kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, katanya.

"Ketenteraman dan keselamatan kini terkawal sepenuhnya dan proses pengundian diteruskan seperti biasa di pusat berkenaan," kata Hossain.

Beliau berkata, letupan itu dipercayai bertujuan untuk mencetuskan panik dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

Pegawai pengurus pusat pengundian itu, Zahirul Islam berkata, keadaan berjaya dikawal dengan pantas.

Dalam insiden berasingan, seorang pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh, Mohibuzzaman Kochi, meninggal dunia selepas didakwa ditolak sehingga terjatuh di sebuah lagi pusat mengundi. 

Beliau dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor. Polis memaklumkan bahawa siasatan telah dilancarkan berhubung kejadian itu.

Pilihan raya parlimen Bangladesh bermula pagi Khamis dengan lebih 127 juta pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video