BAGAN DATUK: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk apabila beliau diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan bahagian itu hari ini.
Seramai 424 perwakilan hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini.
Ahmad Zahid, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk, berkata beliau sedia melepaskan jawatan dalam parti apabila perlu berbuat demikian dan terdapat calon yang sesuai untuk menggantikannya.
"Saya pasti akan melepaskan jawatan saya apabila saya rasa saya perlu melepaskan, bila ada orang saya yakini boleh mengambil alih tempat (saya).
"Saya tidak akan pernah menongkat langit dan akan serahkan jawatan Ketua Bahagian dan Presiden UMNO kepada orang yang saya rasa boleh kuatkan parti kita," katanya.
Beliau berkata ahli UMNO terutama anak muda wajar diberi peluang untuk menggantikan kepimpinan parti itu.
Ahmad Zahid juga berkata beliau memaafkan pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya secara terbuka namun memberi amaran akan mengambil tindakan jika ada yang menjadi gunting dalam lipatan.
"Kita bina pasukan baharu. Kita tidak mahu ada kabilah-kabilah dalam kalangan kita... dengan penyatuan dan pemerkasaan, UMNO akan memuncak serta mendapat sokongan daripada rakyat," katanya.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad pula terus diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan parti Bahagian Lenggong apabila memenangi jawatan Ketua UMNO bahagian itu tanpa bertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto BERNAMA

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Kerajaan tubuh Majlis Madani - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini.

Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid
Usaha secara menyeluruh itu akan dilaksana dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.

Skor Indeks Belia Malaysia harus dipertingkat - Ahmad Zahid
Pencapaian skor indeks itu pada tahun lepas adalah lebih rendah iaitu pada 58.4 peratus berbanding 60.31 peratus pada 2021.

UMNO, BN janji terus dukung Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Peputusan Pemilihan UMNO 2023 jelas menunjukkan sokongan kepimpinan nasional serta akar umbi parti terhadap keutuhan Kerajaan Perpaduan.

Tiada perbincangan agihan kerusi PRN - Anwar
Anwar memaklumkan, perbincangan secara teliti tidak dibuat namun menjangkakan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid pertahan jawatan Ketua UMNO Bagan Datuk, Saarani kekal di Lenggong
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk apabila beliau diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan bahagian itu hari ini.

PRN: Dekati pengundi dengan kaedah digital - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, kaedah konvensional untuk mendekati pengundi seperti kempen bersemuka tidak lagi boleh dijadikan keutamaan.

UMNO 'husnuzon' terhadap Muafakat Nasional - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).

Setiap aduan terhadap keputusan Pemilihan UMNO akan diteliti - Zahid
Setiap aduan yang diterima berhubung keputusan pemilihan UMNO akan disiasat dengan teliti bagi memuaskan hati semua pihak.

KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.