JASIN: Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh melakar kejutan apabila berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin dalam pemilihan parti sesi 2023-2026.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berjaya meraih 340 undi, menewaskan tiga calon lain iaitu penyandang Datuk Hassan Abdul Rahman, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Zaidi Attan dan Datuk Yusof Osman.
Kejayaan itu sekali gus mengangkat Muhamad Akmal, 35 tahun, sebagai Ketua UMNO Bahagian termuda pada pemilihan penggal ini.
Beliau ketika ditemui menyifatkan kemenangannya sebagai suatu gelombang baharu dalam akar umbi UMNO yang ‘dahaga’ untuk melihat momentum perubahan dibawa oleh golongan pemimpin muda
“Perubahan itu bermula daripada orang muda dan hari ini (jelas) ia boleh diterima di setiap lapisan masyarakat dan juga setiap lapisan generasi.
“Ini maksudnya, satu titik tolak permulaan. Kalau dulu, waktu Pilihan Raya Umum ke-15, kita ditolak orang muda dan jarang sekali orang muda diberikan satu amanah tanggungjawab yang besar memimpin bahagian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman rasmi keputusan pemilihan UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda, di sini, malam tadi.
Turut melakar kejayaan di bahagian sama adalah ADUN Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar, juga dikenali sebagai Dira, apabila dipilih sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin selepas memperolehi 353 undi.
Muhamad Akmal yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri sebelum ini dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO selepas menewaskan tiga pencabarnya.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Mar 18 2023

Muhamad Akmal dijulang penyokong selepas diumumkan menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda, Jasin, Melaka, malam tadi. - Foto Astro AWANI

Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'
Pelakon Hanna Delisha mengakui hampir setiap episod drama 'Andai Itu Takdirnya' memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Laporan OPR BH: Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi MPB
"Post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan."

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara MTB.

AWANI Ringkas: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rapid Rail giat usaha atasi gangguan perkhidmatan rel
Siasatan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu.

Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda Akta Pencen - Lukanisman
Inisiatif itu memerlukan pindaan berkaitan Akta Pencen 1980 dilakukan dan perbincangan bersama JPA masih diadakan.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka
Ahmad Zahid berharap pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur.

Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.

Ketua Menteri Melaka: Mungkin Jailani lupa dia 'tebuk atap' dulu - Akmal Saleh
Tiada isu kerajaan tebuk atap kerana kekosongan jawatan ketua menteri telah berlaku dan perubahan ini hanya merupakan transisi peralihan kuasa.

Akmal Saleh menang selesa di Jasin, Ketua UMNO Bahagian termuda penggal ini
ADUN Merlimau itu berjaya meraih 340 undi dan menewaskan tiga calon lain termasuk penyandang, Datuk Hassan Abdul Rahman.

'Beli telur pun ada resit' - Exco Melaka gesa SPRM siasat isu perolehan ventilator rosak
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ini kerana daripada 136 unit ventilator yang dibeli, hanya 25 sahaja yang selamat digunakan.

Gempa bumi: Melaka bakal hantar sukarelawan ke Turkiye
Jumlah sukarelawan yang menyertai misi itu akan diputuskan Khamis dan dijangka berlepas minggu depan.

Akmal Saleh pertimbang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO
Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka itu bakal umumkan keputusannya dalam masa dua minggu lagi.

Penggunaan ganja dalam perubatan perlu disertakan bukti - Dr Muhamad Akmal
Penggunaan ganja atau kanabis untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan semata-mata menerusi komen bersifat populis.

PAU 2021: Mustahil UMNO boleh kuat, menang kalau ahli bergaduh sesama sendiri
Disebabkan itu pemilihan parti perlu diadakan selepas pilihan raya bagi menjamin kekuatan barisan UMNO.

JPA diminta pertimbang senaraikan COVID-19 sebagai penyakit berjangkit
Ia bagi melayakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti wabak itu dapat menggunakan kemudahan cuti kuarantin sehingga lima hari.

Kluster Pulau Gadong: Kes positif meningkat kepada 137
Peningkatan dicatatkan selepas keputusan ujian saringan RT-PCR yang dilakukan ke atas semua 224 pelajar dan guru diterima JKN.