SHAH ALAM: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menolak cadangan untuk mewujudkan Akta Parlimen Berpenggal jika ia dibuat kerana bimbang kerajaan akan tumbang.
Beliau berkata, usul dibawa oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu merupakan cadangan tidak demokratik.
Menurutnya, jika cadangan daripada Ahmad Zahid merupakan usul seperti mana yang berlaku di United Kingdom (UK), perkara itu boleh diperbincangkan.
“UK macam Malaysia juga dalam tempoh lima tahun. Perdana Menteri boleh minta Parlimen dibubarkan dan diadakan pilihan raya pada bila-bila waktu apabila dapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
“David Cameron telah menggubal Akta Sistem Parlimen yang mana penggal Parlimen itu telah ditetapkan dan pilihan raya dijadualkan secara automatik pada hari Khamis pertama bulan Mei setiap lima tahun.
“Dan itu hanya dapat dielak melalui dua cara sahaja, melalui undian tidak percaya di Parlimen atau ada undian dua pertiga di Parlimen untuk adakan pilihan raya lebih awal,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi program Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, pada Isnin di saluran Youtube.
Sebelum ini, Ahmad Zahid mencadangkan penggubalan rang undang-undang (RUU) penggal tetap Parlimen supaya pembentukan sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal atau sebelum pilihan raya umum (PRU) seterusnya diadakan.
Ahmad Zahid dilaporkan berkata, langkah itu berupaya menjamin kestabilan negara berikutan kerajaan tidak diganggu oleh percaturan ahli politik demi kepentingan dan agenda masing-masing.
Sementara itu, Khairy mencadangkan kepada Speaker dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said untuk melaksanakan undian tidak percaya dengan meletakkan syarat bahawa perlu ada satu surat yang ditandatangani oleh 15 atau 20 ahli Parlimen.
“Perkara pertama yang kita perlu buat untuk memastikan bahawa kerajaan ini ada keabsahan. Jika ada cabaran, tidak lagi ada Langkah Dubai, akuan bersumpah (SD), usaha tebuk atap melalui istana dan sebagainya.
“Cara untuk mencabar hal ini hanya melalui Parlimen. Saya nak bagi cadangan konkrit kepada Speaker dan Menteri Undang-Undang. Kita syaratkan bahawa, hanya perlu satu surat yang ditandatangani oleh 15 atau 20 ahli Parlimen supaya usul itu dibahaskan,” ujarnya.
Tambah beliau, pembangkang juga akan mengatur strategi untuk elak daripada melakukan undi tidak percaya setiap minggu.
“Kalau buat setiap minggu, rakyat pun bosan,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 15 2024
Khairy menyelar usul yang dibawa Ahmad Zahid ketika bercakap pada program Podcast Keluar Sekejap, pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.