awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah belum buat keputusan mengenai pilihan raya mengejut Pulau Pinang

Bernama
Bernama
24/07/2016
23:00 MYT
Amanah belum buat keputusan mengenai pilihan raya mengejut Pulau Pinang
MOHAMAD SABU: Kami terpaksa menangguhkan perbincangan.
Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat keputusan mengenai pilihan raya mengejut yang dicadangkan di Pulau Pinang.
Presiden parti Mohamad Sabu berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam kalangan para pemimpin parti pagi Ahad dan parti itu akan bermesyuarat lagi pada Isnin di ibu pejabat parti di Selayang untuk membincangkan perkara itu.
Ketika ditanya mengapa mereka tidak membuat keputusan mengenai perkara itu, beliau berkata, ada banyak agenda dan isu-isu yang perlu dikaji semula.
"Kami terpaksa menangguhkan perbincangan kerana mempunyai banyak perkara untuk dipertimbangkan atau mengambil kira.
"Kami memutuskan untuk melanjutkan mesyuarat sehingga esok dan kami akan memaklumkan apa yang kami persetujui," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Rumah Terbuka Amanah di Sungai Besar, di sini, pada Ahad. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Rabu berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang akan memberi masa kepada rakan-rakan DAP dalam Pakatan Harapan untuk berbincang tentang cadangan pilihan raya mengejut di negeri itu.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata DAP dilihat seperti ketandusan pemimpin apabila seolah-olah mahu mengekalkan Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang menerusi rancangan mereka yang tetap mahu mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.
Beliau berkata kepimpinan dan anggota DAP yang lain sepatutnya perlu meminta Guan Eng supaya bercuti sehingga kes tersebut selesai, bukannya membuat rancangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Noh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor di Kompleks Belia di Seksyen 7 di sini, Ahad.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Lim Guan Eng
#Mohamad Sabu
#Parti Amanah Negara
#pilihan raya mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan