Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) akan cuba mendapatkan lebih banyak kerusi Dewan Undangen Negeri (DUN) Johor untuk diberikan kepada pimpinan parti negeri selepas kegagalan mereka mendapatkan bilangan kerusi parlimen yang diingini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Amanah Johor membuat keputusan untuk memboikot Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Idea (IDCC)l, berikutan ketidakpuashatian mengenai pengagihan kerusi di kalangan Pakatan Harapan Johor.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, memang risiko perkara seperti rasa tidak puas hati akan timbul, namun tegasnya, masih ada ruang perbincangan.
“Sebagai pemimpin nasional, kami melihat dari perspektif yang lebih luas demi kepentingan Pakatan Harapan. Di Johor memang jumlah kerusi (parlimen) untuk kami agak kecil, dan sebab itu kami bersedia untuk bekerja lebih keras bagi kerusi-kerusi DUN,” katanya kepada pemberita di IDCC, hari ini.
Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dilaporkan berkata, mereka hanya mendapat dua daripada lima kerusi parlimen yang diminta, iaitu Parit Sulong dan Pulai.
"Jadi kami rasa tak perlu datang. Semua pemimpin Amanah Johor tak datang,” katanya dalam laporan itu.
Mengulas pendirian Amanah Johor itu, Salahuddin berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menghargai pandangan dan tindakan mereka, namun beliau bertegas semua pihak harus memikirkan perkara yang lebih besar dan menuju ke hadapan.
“Saya tidak rasa ia melanggar konsensus Pakatan Harapan...dan perkara sebegini memang biasa terjadi,” katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, beliau akan berjumpa dengan pengerusi parti iaitu Mohamad Sabu sewaktu perjumpaan Amanah peringkat Wilayah Persekutuan bagi berbincang mengenai isu di Johor.
Di samping itu, kata Anuar, pihaknya juga akan turun ke Johor untuk berjumpa dengan pimpinan parti negeri untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut.
Firdaus Azil
Sun Jan 07 2018
Ruang pembincangan untuk kerusi masih belum tertutup, tegas Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub. - Gambar Fail
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amanah Johor harap anak tempatan jadi calon PRK
Aminolhuda berkata, perkara tersebut antara yang dicapai hasil mesyuarat yang diadakan bersama pimpinan Amanah negeri.
Mesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan
Pengurusan Amanah Johor telah mengadakan mesyuarat sebelum ini dan meminta pimpinan Pulai dan Bakri untuk mengemukakan senarai calon.
PRU15: Amanah Johor kesal kerusi Tanjung Piai diserah kepada MUDA
Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan pucuk pimpinan menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Parti Ikatan Demokratik (MUDA).
Amanah Johor boikot konvensyen PH, pimpinan tagih kerusi DUN
Amanah Johor hanya diberi dua kerusi parlimen daripada lima yang diingin, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka