awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026

Amanah mahu pertahan lapan kerusi milikinya di Selangor - Mat Sabu

Bernama
Bernama
25/06/2023
12:22 MYT
Amanah mahu pertahan lapan kerusi milikinya di Selangor - Mat Sabu
Bagaimanapun, Mohamad tidak dapat mengesahkan berapa kerusi tambahan yang bakal ditandingi parti itu pada PRN yang dijangka Ogos ini. - Gambar fail
KLANG: Parti Amanah mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor dengan mempertahankan kesemua lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi mereka di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Bagaimanapun, presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu, tidak dapat mengesahkan berapa kerusi tambahan yang bakal ditandingi parti itu pada PRN yang dijangka Ogos ini.
"Berapa kerusi tambahan...semunya akan ditentukan oleh kepimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Sukan 89 Arena, di sini, hari ini.
Pada PRU14, Amanah berjaya memenangi lapan kerusi DUN Selangor iaitu Taman Templer, Hulu Kelang, Pandah Indah, Sungai Ramal, Seri Serdang, Meru, Sabak dan Morib.
Bagaimanapun, dua kerusi Amanah telah beralih ke PKR selepas Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Meru dan Sabak masing-masing Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Ahmad Mustain Othman menyertai parti tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#PRN
#Mohamad Sabu
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.