awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil tindakan tegas terhadap Mukhriz dan Muhyiddin - Mahdzir Khalid

Bernama
Bernama
27/03/2016
12:00 MYT
Ambil tindakan tegas terhadap Mukhriz dan Muhyiddin - Mahdzir Khalid
Mahdzir berpendapat sudah tiada maknanya kedua-dua mereka berada di dalam parti. - Gambar fail
UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap dua pemimpinnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan Mukhriz selaku Ketua UMNO Bahagian Jerlun dan Muhyiddin sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, mencerminkan mereka kini adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu menentang parti.
Beliau berpendapat sudah tiada maknanya kedua-dua mereka berada di dalam parti.
"Menyatakan bahawa mereka menyayangi UMNO, sedangkan tindakan mereka jelas bertentangan dengan kenyataan tersebut ... parti sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka, kalau sudah pergi sejauh itu tak perlu berada dalam parti lagi, baik berterus terang sahaja," katanya.
Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Deklarasi Rakyat
#Kongres Rakyat
#Mahdzir Khalid
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan