awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak

Bernama
Bernama
10/07/2024
11:39 MYT
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan berlaku pergolakan dalam PKR negeri itu seperti yang tular di aplikasi TikTok.
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
"Semua jawatankuasa kita baik, dalam mesyuarat MPN semua hadir cuma saya tak tahulah itu (dakwaan pergolakan) daripada kumpulan mana," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata demikian bagi mengulas video tular memaparkan gambarnya dengan dakwaan wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli terhadap kepimpinan negeri.
Beliau berkata video itu difahamkan adalah isu lama yang dimainkan semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#PKR
#pergolakan dalaman parti
#kepimpinan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan