awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amira Aisya, Alwiyah Talib antara 15 wanita menang PRN Johor

Bernama
Bernama
12/03/2022
21:31 MYT
Amira Aisya, Alwiyah Talib antara 15 wanita menang PRN Johor
Dari kiri, Amira Aisya, Alwiyah dan Nor Rashidah antara 15 calon wanita yang berjaya memenangi kerusi masing-masing pada PRN Johor semalam.
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan 15 daripada 37 calon wanita berjaya memenangi kerusi masing-masing, manakala kesemua tujuh wanita dipertaruhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan PKR kecundang tanpa memenangi sebarang kerusi.
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Amira Aisya Abd Aziz, 27, yang membuat penampilan pertama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa antara yang menyerlah apabila berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 7,114 setelah memperoleh 22,884 undi, menewaskan lima pencabar lain.
Ia sekali gus menjadikan beliau yang juga Setiausaha Agung MUDA, menjadi satu-satunya calon berjaya menyumbang kerusi tunggal untuk parti baharu yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya itu.
Turut mencuri tumpuan ialah calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib yang membantutkan hasrat Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi DUN Endau apabila berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 3,041 undi, menewaskan empat calon lain.
Alwiyah sebelum ini memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket BN sebelum memutuskan untuk menyertai Bersatu.
Calon wanita yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) kali ini pula dilihat 'beraksi cemerlang' apabila sembilan daripada 14 mereka menang antaranya Nor Rashidah Ramli dan Rashidah Ismail yang berjaya mempertahankan kerusi masing-masing di Parit Raja dan Pasir Raja.
Selain itu, calon BN lain yang menang ialah Hasrunizah Hassan (Pulai Sebatang), Fauziah Misri (Penawar), Norlizah Noh (Johor Lama), Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Mahkota), Khairin-Nisa Ismail@ Md On (Serom), Haslinda Salleh (Tenang) dan N.Saraswati (Kemelah).
Pakatan Harapan (PH) pula berjaya memperoleh kerusi melalui empat calon wanitanya iaitu Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor Marina Ibrahim, Gan Peck Cheng (Penggaram), Ng Kor Sim (Jementah) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).
PRN Johor menyaksikan peningkatan jumlah calon wanita yang bertanding di negeri berkenaan berbanding 28 orang sewaktu PRU14 pada 2018, dengan BN mempertaruhkan calon terbanyak iaitu 14 orang, PN (enam), PH (lapan), Pejuang (empat), PKR (tiga) dan MUDA (dua).
Pilihan raya tersebut menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, sekali gus membolehkan parti berkenaan membentuk kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon wanita
#PRN Johor
#penampilan pertama
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan