awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amirudin dilantik Pengerusi MPN Pahang, Nik Nazmi Pengerusi Terengganu, Kelantan

Bernama
Bernama
07/08/2022
14:28 MYT
Amirudin dilantik Pengerusi MPN Pahang, Nik Nazmi Pengerusi Terengganu, Kelantan
Pelantikan Amirudin itu dibuat selepas berbincang dengan Ketua Cabang negeri terbabit dan mencapai persetujuan sebulat suara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pelantikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang bagi penggal 2022-2025.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam muat naik di laman Facebooknya turut memaklumkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Pengerusi MPN Kelantan dan Terengganu.
Beliau berkata pelantikan itu dibuat selepas berbincang dengan Ketua Cabang negeri terbabit dan mencapai persetujuan sebulat suara.
Baru-Baru ini, Amirudin dilantik sebagai Pengerusi MPN Selangor.
Pengumuman itu sekali gus menyaksikan Pengerusi MPN empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak belum dilantik.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan pelantikan Pengerusi MPN bagi Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor dan Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Anwar Ibrahim
#Amirudin Shari
#MPN Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan