awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMK Kedah nafi kenyataan bantah kehadiran Zahid ke Himpunan Madani

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/04/2023
10:36 MYT
AMK Kedah nafi kenyataan bantah kehadiran Zahid ke Himpunan Madani
Ketua AMK Kedah, Dr Taufiq Johari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut selain telah membuat penafian menerusi akaun rasmi parti.
KUALA LUMPUR : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah menafikan kenyataan media yang kononnya dikeluarkan pihaknya berhubung bantahan terhadap kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Himpunan Madani Kedah 2023 pada Jumaat.
Ketua AMK Kedah, Dr Taufiq Johari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut selain telah membuat penafian menerusi akaun rasmi parti.
“Tidak benar kenyataan itu, official AMK dah buat kenyataan yang mana kita pun tak tahu dari mana sumber terbabit.
“Saya juga telah mengesahkan daripada Ketua AMK Alor Setar dan mereka juga menafikan kenyataan tersebut,” katanya memetik laporan Harapan Daily pada Sabtu.
Kenyataan palsu itu antaranya membantah kehadiran Ahmad Zahid ke majlis berkenaan serta perasaan tidak puas hati berhubung kedudukan Presiden UMNO itu yang berkongsi pentas membuat ucapan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, kenyataan itu juga turut mempertikai ucapan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang berbicara mengenai soal rasuah sedangkan beliau masih terkait siasatan kes rasuah di mahkamah.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah air yang dialami rakyat Kedah seandainya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#AMK Kedah
#Dr Taufiq Johari
#Himpunan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan