awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Najib menang tanpa bertanding jadi Ketua Pemuda Pekan

Bernama
Bernama
23/06/2018
12:16 MYT
Anak Najib menang tanpa bertanding jadi Ketua Pemuda Pekan
Beliau menggantikan Datuk Shahruddin Ahmad yang melebihi had umur kelayakan.
Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nizar dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Pekan setelah menang tanpa bertanding pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian itu di sini hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Shahruddin Ahmad yang melebihi had umur kelayakan.
Mengulas pemilihannya, Mohd Nizar, 40 berazam untuk membangkitkan kembali parti.
"Saya lihat sokongan dan semangat juang pemimpin UMNO masih kuat dan tidak terhenti... Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan hari ini juga menyaksikan dewan ini penuh dihadiri anggota parti.
"Mereka begitu komited dan membuktikan parti Umno masih relevan... apa yang perlu dilakukan kini ialah membuang sikap angkuh, politik wang serta segala yang negatif selain cuba memenangi kembali hati anak muda," katanya ketika berucap pada persidangan itu.
Lebih 500 perwakilan Pemuda hadir bagi mengundi barisan kepimpinan baharu sayap berkenaan.
BACA: Najib menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian Pekan
Mohd Nizar berkata dalam keadaan politik yang mencabar pada masa kini, amat penting bagi UMNO menjadi pembangkang yang kuat dan mampu membawa masalah rakyat dengan berkesan.
"Justeru saya merayu kepada ahli dan pucuk pimpinan UMNO agar merapatkan saf kerana kita berjuang demi parti yang memperjuangkan agama Islam," katanya.
Sementara itu, Shahruddin berkata sokongan ahli UMNO khususnya di Pekan terhadap Najib selaku wakil rakyat Parlimen Pekan masih utuh dan tidak berbelah bagi.
"Kekalahan pada PRU14 bukan atas faktor beliau. Kita percaya beliau adalah pemimpin yang bersih dan disayangi rakyat sehingga ke hari ini," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Shahruddin Ahmad
#Ketua Pemuda UMNO Pekan
#Mohd Nizar Najib
#Najib Razak
#Pekan
#Pemuda UMNO
#Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian
#semangat juang
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan