awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Tok Nan rayu sokongan pengundi kaum Iban

Bernama
Bernama
14/02/2017
09:46 MYT
Anak Tok Nan rayu sokongan pengundi kaum Iban
Azizul meminta pengundi kaum Iban di daerah ini memberi sokongan yang sama kepada ibunya seperti mana mereka menyokong arwah bapanya dulu. - Gambar fail
Anak bongsu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hari ini meminta pengundi kaum Iban di daerah ini memberi sokongan yang sama kepada ibunya Datuk Amar Jamilah Anu seperti mana mereka menyokong arwah bapanya dulu.
Azizul Annuar berkata ibunya tahu apa yang diingini masyarakat Lundu dan berjanji akan meneruskan perjuangan Allahyarham Adenan di Tanjong Datu sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat baharu kawasan itu pada 18 Feb nanti.
"Ibu saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sebelum ini memberi sokongan padu kepada arwah bapa saya dan ibu mengharapkan sokongan yang sama daripada anda semua," katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Sungai Limo di sini.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Azizul Annuar berharap kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan menyelesaikan masalah tanah Hak Adat Bumiputera penduduk Iban di kawasan itu secepat mungkin.
Pada pilihan raya kecil Tanjong Datu ini, Jamilah yang cuba mempertahankan kerusi Allahyarham suaminya bagi Barisan Nasional ditentang calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru Rapelson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Negeri Johnny Aput.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Allahyarham Tan Sri Adenan Satem
#Azizul Annuar
#Iban
#Tanjong Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan