awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota MCA tidak boleh terima lantikan JKKK tanpa kelulusan parti

Bernama
Bernama
17/07/2020
12:18 MYT
Anggota MCA tidak boleh terima lantikan JKKK tanpa kelulusan parti
Mereka yang berminat untuk menaburkan bakti hendaklah dicadangkan oleh MCA Bahagian.
Mana-mana ahli MCA yang menerima pelantikan sebagai Ketua Kampung Persekutuan, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Pegawai Pembangunan Kampung Baru tanpa kelulusan parti, dianggap melanggar disiplin parti.
Pengerusi Lembaga Disiplin parti Datuk Hon Choon Kim berkata menjaga pembangunan dan keselamatan Kampung Baru merupakan visi politik MCA dan parti bertanggungjawab mengemukakan calon yang paling sesuai memimpin JKKK.
Justeru itu, tegasnya, mereka yang berminat untuk menaburkan bakti hendaklah dicadangkan oleh MCA Bahagian.
"Lembaga Disiplin setelah menerima aduan secara bertulis akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin bagi mengkaji serta menyiasat di bawah Artikel 124 Perlembagaan Parti," katanya.
Rumusan dan cadangan mesyuarat akan dikemukakan kepada Majlis Presiden atau Jawatankuasa Pusat MCA bagi keputusan akhir berhubung pelantikan itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#JKKK
#keselamatan
#MCA
#politik
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan