awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2023
00:45 MYT
Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh. - Foto melaka.gov.my
KUALA LUMPUR: Tumpuan rakyat Melaka hari ini sudah tentu terarah ke Dewan Sri Utama, Kompleks Seri Negeri di mana Ketua Menteri ke-14 bakal mengangkat sumpah.
Ia selepas Pejabat Setiausaha Kerajaan Melaka menerusi kenyataan media semalam mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri bakal berlangsung 3 petang ini.
Desas-desus mengatakan bahawa jawatan itu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.
Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang merupakan ADUN Lundu melepaskan jawatan yang dipegang beliau sejak 9 Mac 2020 dan dilantik semula pada 21 November 2021.
Beliau menggantikan Adly Zahari yang gagal mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka ketika itu.
Pada Rabu, ADUN Lendu itu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid kemudian menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon bagi jawatan tersebut dengan Ab Rauf menjadi calon tunggal yang dinamakan UMNO.
Sebelum ini, semasa politik Melaka bergelora pada 2020, nama Ab Rauf disebut-sebut untuk dilantik sebagai Ketua Menteri.
Dilanda kemelut sekali lagi, Melaka terpaksa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap Sulaiman dan menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa dengan 21 daripada 28 kerusi DUN pada November 2021.
Susulan kemenangan itu, Sulaiman dilantik semula sebagai Ketua Menteri Melaka.
Sehingga Khamis, iaitu pada hari peletakan jawatannya, beliau telah mengemudi Melaka selama lebih tiga tahun.
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Adly Zahari
#Sulaiman Md Ali
#Ketua Menteri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan