awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2021
03:40 MYT
Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang
Annuar berkata mandat untuk pentadbiran Perikatan Nasional memerintah sebelum mengadakan pilihan raya umum masih lambat lagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO mahu memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bersifat pramatang, kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata tiada keperluan untuk Zahid secara "diam-diam" berutus surat pemberitahuan untuk tidak berkerjasama" dengan Bersatu.
"Sewaktu mula menjalin kerjasama antara parti, tiadapun surat-menyurat memulakan kerjasama itu.
"Apa lagi perkara yang masih jauh di hadapan," katanya menerusi akaun Facebook pada Khamis.
Beliau berkata mandat untuk pentadbiran Perikatan Nasional memerintah sebelum mengadakan pilihan raya umum masih lambat lagi.
"Tempoh PRU (mandat Parlimen berakhir pada) 2023. Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh yang panjang itu. Ia meletakkan parti pada posisi disadvantage (rugi). Apa lagi di saat parti perlu melalui pemilihan parti yang wajib tahun ini.
"Dasar parti semasa pilihan raya akan datang bakal ditentukan pemimpin yang memimpin semasa PRU diadakan. Banyak perkara boleh berlaku antara sekarang hingga tempoh Parlimen di bubarkan.
"Dengan pendirian premature (pramatang) ini, kita telah menjadikan diri kita tempang (lameduck) dan kuasa tawar-menawar dalam kerajaan menjadi lemah.
"Yang menanggung akibatnya adalah ahli di akar umbi," katanya lagi.
Ahli Parlimen Ketereh itu mengulas surat yang dihantar oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid kepada Perdana Menteri dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO.
Sumber Facebook tansri.annuarmusa
BACA: UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
BACA: Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini
BACA: Ahli, penyokong jangan lagi kecundang dengan muslihat parti lawan - Zahid Hamidi
Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini – Reaksi Felo Penyelidik Ilham Centre
Surat yang diutus Zahid itu antara lain menjelaskan keputusan mesyuarat MT UMNO di Janda Baik baru-baru ini.
"Pertama, tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.
"Kedua, kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen," kata isi surat itu.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Bersatu
#Zahid Hamidi
#Muhyiddin Yassin
#Annuar Musa
#kerjasama
#PRU15
#Politik Malaysia
#Tan Sri Annuar Musa
#pilihan raya umum
#Malaysia
#majlis tertinggi
#politik
#Barisan Nasional
#PPBM
#Berita Terkini
#berita Malaysia
#Berita Astro AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan