awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar puji Pas kekal hasrat cari kesepakatan dengan UMNO, Bersatu

Bernama
Bernama
08/10/2022
23:20 MYT
Annuar puji Pas kekal hasrat cari kesepakatan dengan UMNO, Bersatu
Annuar berkata tindakan Pas itu menepati maksud serta panduan syariah dalam mencari kebaikan dan menolak kemudaratan yang lebih besar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa memuji tindakan Pas yang terus mengekalkan hasrat mencari kesepakatan antara parti itu dengan UMNO dan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bekas Setiausaha Agung UMNO berkata tindakan Pas itu menepati maksud serta panduan syariah dalam mencari kebaikan dan menolak kemudaratan yang lebih besar.
"Ia terus membuka pintu perundingan dan perbincangan. Begitu juga UMNO. Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) telah membuka kunci permuafakatan kerana hati kecilnya dan para pemimpin mahukan umat yang bersatu.
"Kita sememangnya diperintahkan Allah agar berpegang teguh pada tali Allah dan tidak bercerai-berai. Teruskanlah usaha kerana di mana ada daya di situ ada jaya," katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.
Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat semalam berkata parti itu berpandangan perlu ada 'keanjalan' dalam rundingan antara ketiga-tiga parti teras Melayu terbabit seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca PRU15.
Presiden Pas itu berkata ia termasuk syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#PAS
#Bersatu
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan