POLITIK
Anwar dijangka bertemu Ahli Parlimen PH petang ini, perjelas isu penting

Segala isu yang dibangkitkan akan diperjelaskan dalam pertemuan itu bagi memastikan kesiapsiagaan Ahli Parlimen PH menghadapi sidang Parlimen. - Gambar fail
NIBONG TEBAL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa isu penting dan hal ehwal semasa dalam pertemuan bersama Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dijadualkan berlangsung petang ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri dijangka memberikan penjelasan isu penting dan hal ehwal semasa kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam pertemuan petang ini sebagai persediaan menghadapi sidang Parlimen.
- Pertemuan ini turut menyentuh isu pelbagai isu bertujuan memperkukuh persefahaman dalam kalangan wakil rakyat kerajaan.
- Kerajaan negeri dan PH menekankan pendekatan progresif dan kesiapsiagaan dalam menangani isu semasa, dengan penjelasan langsung daripada Perdana Menteri di kediaman rasmi beliau di Putrajaya.
"Tumpuan kepada penjelasan isu semasa adalah langkah progresif yang diberikan sendiri oleh Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Widuri di sini pada Isnin.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, segala isu yang dibangkitkan akan diperjelaskan dalam pertemuan itu bagi memastikan kesiapsiagaan Ahli Parlimen PH menghadapi sidang Parlimen.
"Insya-Allah semua isu-isu itu akan kita persiapkan dan perjelaskan pada petang ini sebagai persediaan untuk pembukaan Parlimen nanti,"katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan bersama ahli parlimen PH pada, iaitu sehari selepas bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mengadakan forum bagi membincangkan isu berkaitan badan kehakiman.
Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya jam 4.30 petang.
Jumaat lalu, Anwar mengadakan pertemuan bersama semua Ahli Parlimen BN di Seri Perdana.
Menurutnya, pertemuan itu bagi memperkukuhkan persefahaman dan menjelaskan beberapa isu membabitkan dasar kerajaan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu pemilihan Ketua Hakim Negara, cadangan penyasaran subsidi RON95 serta spekulasi berkaitan cukai. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami