KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo tampil mengulas persoalan mengapa beliau tidak menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya menerusi muat naik di Facebook, beliau tidak boleh menganggotai Kabinet, namun tidak memperincikan sebab di sebalik keputusannya.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya untuk menjadi sebahagian daripada Kabinetnya.
“Namun, selepas mempertimbangkan hal berkenaan, saya memaklumkan beliau bahawa saya tidak boleh berbuat demikian dan saya akan fokus kepada peranan saya sebagai Ahli Parlimen dan membantu kerajaan dalam segala aspek yang boleh saya bantu,” ujarnya hari ini.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Gobind bagaimanapun berterima kasih kepada Anwar atas tawaran tersebut.
“Saya ingin berterima kasih kepada beliau kerana meminta saya menganggotai Kabinetnya. Sekali lagi, saya menyatakan keyakinan penuh dalam kepimpinannya dan percaya bahawa beliau boleh mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” tambah beliau.
Dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018, Gobind dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Kali ini, seramai empat wakil DAP menganggotai Kabinet pimpinan Anwar, iaitu Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan), Anthony Loke (Menteri Pengangkutan), Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan dan Tempatan) dan V. Sivakumar (Menteri Sumber Manusia).
Nailah Huda
Sat Dec 03 2022

Kata Gobind Singh menerusi muat naik di Facebook, beliau tidak boleh menganggotai Kabinet Anwar Ibrahim selepas mempertimbangkan tawarannya. - Gambar fail
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

"Anwar minta saya sertai Kabinet tetapi..." - Gobind Singh
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo tampil menjawab persoalan mengapa beliau tidak menyertai kabinet pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimana PDRM boleh siasat diri sendiri isu 'troll farming'? - Gobind Singh
Ahli Parlimen Puchong itu berkata, dakwaan oleh Meta Platform Incorporated adalah perkara yang serius dan melibatkan kepentingan awam.

Perbicaraan Syed Saddiq: Mahkamah arah pendakwaan serah salinan percakapan saksi utama
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata perbezaan dalam kedua-dua keterangan tersebut turut diakui oleh pihak pendakwaan.

Kes Syed Saddiq: Orang awam diingatkan jangan keterlaluan buat kenyataan
Mahkamah tidak boleh halang orang awam membuat sebarang komen kerana mereka mempunyai hak bersuara yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan Syed Saddiq: Gobind persoal mengapa tiada tindakan SPRM terhadap Muhyiddin
Pasukan pembelaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mempersoal tindakan seorang pegawai SPRM yang tidak membuat sebarang laporan polis mengenai Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Peguam Syed Saddiq mohon cabar kredibiliti saksi utama pendakwaan
Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes Syed Saddiq memohon untuk mencabar kredibiliti saksi utama berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah.

CEC DAP: Gobind raih undi tertinggi, beberapa nama besar tewas
Antara yang tersingkir adalah Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, V. Sivakumar, Ngeh Koo Ham, Tony Pua, Yeo Bee Yin dan Ong Kian Ming.

Isu Azam Baki: Peguam Negara jangan berdiam diri - Gobind Singh
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menggesa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk tidak berdiam diri berkait siasatan terhadap Tan Sri Azam Baki susulan kenyataan yang dikeluarkan SC semalam.

Isu Azam Baki: Perdana Menteri perlu nyatakan pendirian - Gobind
Gobind menegaskan, Perdana Menteri tidak boleh kekal berdiam diri dalam isu melibatkan SPRM dan Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki.

Isu Azam Baki: Perdana Menteri tidak boleh terus berdiam diri - Gobind Singh
Ahli Parlimen pembangkang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak terus mendiamkan diri membabitkan dakwaan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM.