KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah menfitnah dan melontar tuduhan keterlaluan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Kerajaan Perpaduan yang dibentuk atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, kata Fahmi Fadzil.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, yang juga Menteri Komunikasi Digital itu berkata, Muhyiddin harus sedar Kerajaan hari ini bukan Kerajaan Pakatan Harapan, di mana Perdana Menteri boleh melantik sesiapa yang diingini.
Sebaliknya, kata Fahmi, ini adalah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk secara bersama, di mana dasar atau keputusan penting akan dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan Jemaah Menteri.
“Ini satu perubahan penting bagi mengelak kesilapan yang berlaku dalam setiap pentadbiran sejak 2018, di mana pelantikan Jemaah Menteri seringkali dibuat bukan mengikut saluran pimpinan utama parti.
“Pada ketika itu, kita saksikan kelompok-kelompok kartel dalam parti dipersenjatakan (weaponised) lalu mewujudkan keadaan “parti dalam parti” (party in a party) yang akhirnya merosakkan kestabilan politik dalaman parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: 'Kleptokrat' diangkat, Kabinet Anwar paling mengecewakan dalam sejarah - Muhyiddin
Awal hari ini, Muhyiddin, yang juga Perdana Menteri ke-8 berkata, tindakan Anwar yang melantik kalangan ‘kleptokrat’ menunjukkan beliau telah menggadai prinsip tatakelola baik, seperti yang dijaja sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)
Dakwa Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, Kabinet yang diumumkan Anwar pada Jumaat disifatkan sebagai "paling mengecewakan" dalam sejarah negara.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, berbeza dengan tiga pentadbiran sebelum ini, Perdana Menteri dan ketua parti dan gabungan di dalam Kerajaan Perpaduan, bersetuju senarai calon Jemaah Menteri akan ditentukan parti atau gabungan masing-masing.
“Sekiranya Tan Sri Muhyiddin tidak berpuas hati, janganlah marah atau melemparkan tohmahan kepada Perdana Menteri, kerana bukan Perdana Menteri yang menamakan calon-calon dari parti atau gabungan lain.
“Penting saya tegaskan komitmen Perdana Menteri bahawa Kerajaan Perpaduan ini tidak akan sekali-kali mencampuri urusan kehakiman dalam mana-mana kes,” tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi.
Firdaus Azil
Sat Dec 03 2022
Kerajaan Perpaduan dibentuk bersama, dasar atau keputusan penting akan dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan Jemaah Menteri, kata Fahmi. - Fail/BERNAMA
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Finas diminta teliti isu gaji pelakon kanak-kanak, pastikan tiada pihak ambil kesempatan
Kementerian Komunikasi akan mengarahkan Finas meneliti isu gaji pelakon kanak-kanak bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan.
169 menara SMART sudah berfungsi di Sarawak
Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 600 menara telekomunikasi yang dirancang untuk dibina di Sarawak.
MCMC teliti tiga teknologi baharu tambah baik perkhidmatan internet - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata teknologi baharu muncul itu antaranya dikenali sebagai 'direct to device' atau terus ke peranti.
Konvensyen Khas 25 Tahun PKR pada 28 April ini - Fahmi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.
Fahmi ucap takziah kepada keluarga veteran RTM Abdullah Hakim
Fahmi mengucapkan takziah kepada keluarga veteran RTM Allahyarham Abdullah Hakim yang meninggal dunia pagi tadi.
Tidak perlulah sampai ke tahap 'gam' artis - Fahmi Fadzil
Katanya, hukuman 'gam' ke atas artis daripada muncul dalam program TV dilihat kurang sesuai kerana senario industri kreatif sudah berubah.
Stoking tertera kalimah Allah: Jemaah menteri setuju tindakan tegas, segera
Jemaah Menteri melihat isu itu telah mengakibatkan satu persepsi terhadap penghinaan agama dan sensitiviti kaum di negara ini.
Fahmi sasar capaian internet lebih pantas di sekolah dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai
Capaian kepada internet yang lebih pantas adalah salah satu keutamaan Fahmi sebagai inisiatif membantu 12 sekolah di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai tahun ini.
Fahmi komited selesai isu tunggakan gaji KL City dalam kadar segera
Isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.
Kerajaan minta penjelasan Google berhubung data kadar pertukaran ringgit tidak tepat - Fahmi
BNM memaklumkan bahawa ini kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran US$/MYR yang tidak tepat tahun ini.