awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ulangi pendirian kerajaan belum cadang laksana semula GST

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/03/2023
04:07 MYT
Anwar ulangi pendirian kerajaan belum cadang laksana semula GST
Menerusi jawapan bertulis pada Selasa, Anwar berkata kerajaan akan mengkaji kesesuaian pengenalan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia mulai tahun 2024. - Fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap dengan pendirian belum bercadang untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem cukai itu tidak akan dilaksanakan kerana cabaran ekonomi dijangka dihadapi pada 2023 iaitu kadar inflasi makanan yang agak tinggi serta kadar pertumbuhan ekonomi yang sederhana.
Menerusi jawapan bertulis pada Selasa, Anwar berkata kerajaan akan mengkaji kesesuaian pengenalan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia mulai tahun 2024.
Beliau yang juga Perdana Menteri menjawab pertanyaan Datuk Seri Richard Riot (GPS-Serian) yang ingin tahu sama ada GST akan diperkenalkan semula dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.
Tambah beliau, sebarang perubahan dasar kerajaan berkaitan cukai perlu mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
"Sehubungan itu, Kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana.
"Berhubung inisiatif cukai yang akan diambil dalam masa terdekat, kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 telah mengumumkan cadangan pengenaan cukai ke atas barangan mewah serta peluasan duti eksais ke atas produk berkaitan rokok elektronik dan vape pada tahun 2023," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#GST
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan