DESAS-desus kemelut melibatkan Kerajaan Perpaduan dan pihak pembangkang sekali lagi kembali menghangatkan situasi politik negara pada masa kini.
Di kala kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk dengan usaha membina ekonomi negara, sudah ada ura-ura percubaan untuk menggoyahkan kestabilan pentadbiran Kerajaan MADANI ini.
Bagaimanapun, Anwar ketika berucap di Rumah Terbuka Malaysia MADANI Perdana Menteri 2023 pada Sabtu, lantang mencabar pihak pembangkang supaya membawa usul tidak percaya di Parlimen pada sidang akan datang.
Ahli Parlimen Tambun itu dengan yakin menyatakan bahawa kerajaan masih ‘solid’ dan kekal kukuh dengan sokongan 148 kerusi ahli Parlimen.
Anwar turut menegaskan bahawa beliau bukan Perdana Menteri seperti sebelum ini yang mengelak untuk berdepan dan berentap dalam soal siapa mempunyai keabsahan di Parlimen.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menunjukkan bahawa beliau tidak takut dengan cabaran sedemikian atau mungkin sudah mempunyai perancangan dan ‘back up’ yang kukuh sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.
Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan ketika ini memiliki sokongan 148 kerusi atau majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat menggabungkan PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) serta Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan komplot untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan tidak akan berjaya meskipun pihak terbabit mengakui mempunyai akaun bersumpah (SD) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.
Susulan itu, ulas Anwar, Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga habis penggal walaupun ada cubaan untuk menjatuhkannya.
Anwar turut menyindir dakwaan yang dibuat itu sambil menyatakan perkara itu sebagai 'mengigau mingguan'.
Sindiran mimpi ‘mengigau’ itu nampak telah menyebabkan beberapa pimpinan turut tampil mengulas mengenai dakwaan tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pada Sabtu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN berkata bahawa PN tidak pernah 'mengigau' mempunyai akuan bersumpah (SD) mencukupi bagi membentuk kerajaan.
Menurut beliau, sebaliknya, Anwar yang 'mengigau' kerana takut kedudukannya akan diambil alih.
Sementara itu, Ahmad Zahid pada Sabtu turut mengesahkan bahawa tiada ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan parti tersebut.
Menurutnya, walaupun terdapat desas-desus mengenai 15 ahli Parlimen BN yang mahu meninggalkan kerajaan perpaduan tetapi perkara itu tidak berlaku.
Apa yang pasti permainan tarik tali antara Kerajaan Perpaduan dan pembangkang berkemungkinan berterusan sehingga ruang Parlimen dibuka pada hujung Mei tahun ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 06 2023
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di UiTM Cawangan Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.