awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awang Ahmad Sah umum keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
27/02/2023
08:21 MYT
Awang Ahmad Sah umum keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat
Menurutnya, tindakan itu dilakukan kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta pembangunan di kawasan yang diwakilinya.
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Warisan (Warisan) dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Menurutnya, tindakan itu dilakukan kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta pembangunan di kawasan yang diwakilinya.
Tambah Bendahari Warisan itu lagi, beliau mengambil masa tiga bulan memikirkan hasrat itu sebelum nekad mengambil keputusan tersebut serta memaklumkan hasratnya menyertai Gagasan Rakyat kepada Datuk Seri Hajiji Noor.
"Jadi saya telah memikirkan selama tiga bulan, saya berbincang dengan rakan-rakan dan nampaknya saya tidak ada sedikit keraguan pun kerana ini bukan saya sahaja yang keluar daripada Warisan dan bolehlah disifatkan keseluruhan pimpinan sebulat suara untuk menyokong perpindahan ini kepada parti Gagasan Rakyat.
"Dalam masa sama saya tidak banyak memikirkan soal diri saya, saya bukan orang kaya tetapi kalau hanya sekadar saya sendiri sebagai seorang individu mahu pun wakil rakyat, saya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kegiatan politik saya.
"Kita ada dua tahun setengah lagi, tempoh yang ada kerajaan pada hari ini dan saya juga sudah berumur 63 tahun, saya mahu tidak mahu, mesti memikirkan masalah rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ADUN N23 Petagas di Kota Kinabalu pada Isnin.
Awang Ahmad Sah merupakan ADUN Warisan keempat yang meninggalkan parti itu selepas tiga bekas wakil rakyat iaitu Norazlinah Arif (Kunak), Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) yang membuat pengumuman awal bulan ini.
Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa tindakannya menyertai Gagasan Rakyat adalah ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan mahupun imbuhan.
Topic Berkaitan
#ADUN Warisan
#keluar parti Warisan
#Awang Ahmad Sah
#Gagasan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan