Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas (2020) kali ini, ditutup dengan cebisan kata-kata nasihat dan teguran 'manja' Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, kepada kedua-dua blok ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang untuk menghormati Peraturan Mesyuarat ketika bersidang.
Azhar sebelum menangguhkan persidangan itu hari ini, mengajak semua Ahli Parlimen untuk mengadakan persidangan dewan secara harmoni dan mempamerkan kualiti perbahasan yang baik mengenai isu sesuatu usul itu.
"Peraturan 23 (1)(c) itu selalu sangat saya dengar tapi saya bagi peluang, sebab saya pun budak baru, kalau saya ketatkan sangat maka banyak akan mengadu...tapi itu peraturan mesyuarat iaitu peraturan untuk kita semua.
"(Peraturan 23 (1)(j)) banyak kali juga saya dengar perkara yang lain mengenai sifat-sifat yang bukan sifat dalam jawatan dikeluarkan dan dibahaskan. Bukan sekali, tapi banyak kali dan bila ditegur, ditarik balik tapi dibuat semula macam sengaja," katanya selepas penggulungan usul menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Di bawah Peraturan Mesyuarat Peraturan 23(1)(c) menetapkan, sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah sangkaan, fikiran, tohmah, puji atau keji, atau mengandungi kalimah-kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati, atau mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.
Peraturan 23(1)(j) menyatakan, sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan sifat atau kelakuan siapa-siapa, melainkan sifat dan kelakuannya dalam menjalankan urusan-urusan jawatannya atau urusan-urusan pekerjaan berkhidmat kepada negeri.
Belum sempat selesai memberi petua nasihat, beberapa Ahli Parlimen bangun mencelah termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang secara berseloroh, berkata: "Itu skil kami."
Azhar kemudiannya menjawab: "Kalau saya hukum, itu pun skil juga."
Antara Ahli Parlimen lain yang turut bangun mencelah ucapan beliau ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau), RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai).
"Kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) menuduh antara satu sama lain siapa yang bersalah. Siapa makan cili dialah terasa pedas. Saya ingin menasihatkan kalau boleh bukan sahaja membaca Peraturan Mesyuarat, malah menghayatinya," kata Azhar.
Sementara itu, dalam ucapannya beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia, yang bakal menjelang pada 16 Sept ini.
Persidangan ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 27 2020
Azhar turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia, yang bakal menjelang pada 16 Sept ini. - BERNAMA
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.