awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Trump beri masa dua minggu lagi sebelum buat keputusan serang Iran
DUNIA
Majid Khademi dilantik Ketua Perisikan baharu IRGC ganti Kazemi yang terkorban
DUNIA
Serangan AS ke atas Iran tertangguh, Trump ragu keberkesanan bom 'bunker buster'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

Azmin pernah cadang Haziq dipecat daripada parti

Bernama
Bernama
20/06/2019
13:11 MYT
Azmin pernah cadang Haziq dipecat daripada parti
Mohamed Azmin berkata beliau pernah mencadangkan kepada kepimpinan parti supaya Haziq Abdullah dipecat selepas didapati berkempen untuk Barisan Nasional. -Gambar fail
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau pernah mencadangkan kepada kepimpinan parti supaya Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat selepas didapati berkempen untuk Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata malah ramai anggota parti juga meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu dipecat.
"Itu logik mudah. Ramai yang minta (dia dipecat). Apa lagi saya nak kata?" kata Mohamed Azmin apabila ditanya sama ada beliau ada mencadangkan kepada parti supaya Haziq dipecat ekoran video kontroversi yang mengaitkan dirinya baru-baru ini.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditemui media semasa menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.
Semalam, Lembaga Disiplin PKR dilaporkan memberi tempoh 14 hari kepada Haziq untuk menyerahkan surat tunjuk sebab berhubung kenyataan umumnya berkaitan video kontroversi itu.
Kontroversi video yang sebelum ini ditular menerusi aplikasi WhatsApp, menjadi lebih hangat apabila Haziq kemudiannya didakwa muncul membuat pengakuan umum mengenai perkara itu, yang disiarkan menerusi video dan dihebahkan dalam laman media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#berkempen untuk Barisan Nasional
#Haziq Abdullah
#pecat
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami