awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin pimpin Bersatu Selangor, Faizal diganti di Negeri Sembilan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2024
07:03 MYT
Azmin pimpin Bersatu Selangor, Faizal diganti di Negeri Sembilan
Mohamed Azmin (kiri) dan Ahmad Faizal (kanan).
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat perubahan kepimpinan di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disifatkan sebagai usaha membugarkan parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Negeri Sembilan yang sebelum ini diterajui oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan digantikan dengan Mohamad Hanifah Abu Bakar manakala Selangor akan diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menggantikan Datuk Abdul Rashid Asari.
Menurutnya, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Ahad juga telah melantik tiga ahli MPT baharu iaitu Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin; Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Dr Afif Bahardin dan Penolong Setiausaha Srikandi, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
“Beberapa lantikan Pengerusi Biro baharu juga telah dilunaskan iaitu Datuk Radzi Jidin (Biro Ekonomi), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Biro Antarabangsa), Datuk Azman Nasrudin (Biro Pendidikan) dan Datuk Wan Saiful Wan Jan (Biro Latihan).
BACA: Bersatu umum dukung kepimpinan Muhyiddin, ambil tindakan terhadap wakil rakyat khianati parti
“Fadzillah Mohd Pilus pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah Hamzah, mesyuarat juga bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyat yang khianat bagi maksud pengosongan kerusi dan Bersatu bersedia untuk berdepan pilihan raya kecil. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amin Ali
#Faizal Azumu
#Negeri Sembilan
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan