awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Perhimpunan Agung UMNO 2021 ditangguh

Bernama
Bernama
25/12/2021
09:31 MYT
Banjir: Perhimpunan Agung UMNO 2021 ditangguh
Ahmad berkata Perhimpunan Agung UMNO 2021 itu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada 13 hingga 15 Jan tahun depan ditangguhkan, disebabkan bencana banjir yang berlaku di negara ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara itu dipersetujui Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Jawatankuasa Pengurusan UMNO serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
Beliau berkata Perhimpunan Agung UMNO 2021 itu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
"UMNO bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan pusat dan negeri terus membantu mereka," katanya dalam kenyataan di laman twitternya.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS
Beliau berkata terdapat Bahagian seperti Kota Raja dan Klang di Selangor, masih tidak mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir.
Menurutnya Perhimpunan Agung UMNO kebiasaannya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar umbi Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 UMNO Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#Perhimpunan Agung UMNO
#PAU 2021
#PAU ditangguhkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan