POLITIK
Banteras politik identiti jika mahu raih, kekal kemenangan - Dzulkefly

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjawab pertanyaan media pada Perasmian Konvensyen Negeri Perak Parti Amanah Negara 2025 hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Politik identiti yang bersifat merendahkan kelompok lain serta menggunakan agama atau etnik perlu dibanteras, bagi memastikan kemenangan dan kelangsungan dalam pilihan raya, kata Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Ringkasan AI
- Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan politik identiti berasaskan agama atau etnik perlu dibanteras kerana ia memecahbelahkan parti dan gabungan.
- Dzulkefly menyeru agar politik berprinsip dan inklusif diutamakan demi perpaduan dan kelangsungan kemenangan pilihan raya.
- Amanah memohon lima kerusi DUN untuk PRN Sabah ke-17, dengan rundingan bersama Pakatan Harapan, BN dan GRS sedang berlangsung.
Turut hadir Pengerusi Amanah Perak Datuk Asmuni Awi.
Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Dzulkefly berkata rundingan sedang berjalan dengan penuh hikmah dan berharap permohonan parti itu untuk bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dapat dipertimbangkan.
Terdahulu, Naib Presiden Amanah Adly Zahari berkata permohonan untuk bertanding di lima kerusi telah dikemukakan melalui perbincangan bersama kepimpinan Pakatan Harapan, selain rundingan dengan Barisan Nasional (BN) dan GRS.
DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami