KANGAR:Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak semua ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi memohon perkenan baginda membatalkan Proklamasi Darurat, disifatkan sebagai terlalu tergesa-gesa dan tidak sepatutnya dilakukan.
Menurut Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.
Katanya, pemimpin politik dan masyarakat perlu melihat perkembangan pelaksanaan darurat itu dalam tempoh beberapa bulan, sama ada bakal memberi kesan kepada rakyat atau sebaliknya.
Katanya, tindakan Anwar meminta Yang di-Pertuan Agong menarik balik Pengisytiharan Darurat seterusnya menitahkan agar sidang Parlimen diadakan dengan segera sebelum 31 Januari untuk membahaskan isu darurat, COVID-19 dan kemelut ekonomi, sangat tidak wajar.
"Yang di-Pertuan Agong dah buat keputusan... kita tunggulah sekejap... kita belum buat apa lagilah sebab yang kita tahu, sebelum darurat ni macam-macam polemik.
"Sekarang ini tunggulah sebulan dua dulu... macam mana keadaan... baru kita (minta) hentikan darurat... tapi yang paling penting, saya dapat maklumat awal daripada pihak kerajaan bahawa pasaran (saham) kita tidak terjejas... pandangan pelabur juga tidak terjejas dengan darurat," katanya.
BACA: Ahli Parlimen dicadang utus warkah kepada Agong mohon batal darurat - Anwar
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran pasukan bantuan banjir UMNO di Pusat Khidmat Kubang Gajah, di Kangar, hari ini.
Pasukan tersebut digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir di Pahang, Kelantan dan Johor bagi melaksanakan kerja-kerja bantuan pasca banjir.
Khamis lalu, Anwar telah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen meminta mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon baginda membatalkan Pengisytiharan Darurat dan menitahkan sidang Parlimen sesegera mungkin.
Dalam warkah terbabit, Awnar antara lain berkata cadangan pengisytiharan darurat dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tanpa keabsahan dengan penyusutan ahli Parlimen yang menyokong kerajaan.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jan 16 2021
Shahidan berkata, Yang di-Pertuan Agong, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri.
Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.