awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Bersatu Putrajaya kembali sertai UMNO, zahir sokongan kepada Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
01/10/2021
09:17 MYT
Bekas Ketua Bersatu Putrajaya kembali sertai UMNO, zahir sokongan kepada Ismail Sabri
Datuk Seri Erwan Mohd Tahir dilapor berkata, ia merupakan masa yang tepat untuk kembali ke pangkuan UMNO, selepas parti itu berjaya menyelesaikan polemik politik sebelum ini. - Gambar/ FB Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Putrajaya Datuk Seri Erwan Mohd Tahir hari ini sah meninggalkan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, dan menyertai UMNO.
Ketua UMNO Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam perkongsian di Facebooknya berkata, Erwan turut membawa 120 orang daripada Bersatu Putrajaya untuk bersama-sama menyertai UMNO.
Tengku Adnan, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, keputusan Erwan adalah kerana beliau yakin hanya UMNO sahaja yang dapat memartabat dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, Perlembagaan Malaysia dan Raja-Raja Melayu.
“Ia seperti mana yang dinyatakan di dalam asas dan tujuan penubuhan UMNO dan juga setelah mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.
“Saya percaya, ramai lagi yang akan kembali bersama dalam landasan perjuangan UMNO selepas ini, Insya-Allah,” katanya lagi.
Sumber Facebook officialkunan
Memetik laporan Free Malaysia Today, Erwan berkata, ia merupakan masa yang tepat untuk kembali ke pangkuan UMNO, selepas parti itu berjaya menyelesaikan polemik politik yang mampu memberi ancaman kepada kesejahteraan rakyat, serta kestabilan ekonomi sewaktu pandemik COVID-19.
Tambahnya lagi, beliau memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan, dan berharap Ahli Parlimen Bera itu dapat menggalas tanggungjawab dengan baik demi rakyat dan negara.
Topic Berkaitan
#Erwan Mohd Tahir
#Bersatu
#UMNO
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan