awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Belajar daripada kesilapan lalu'

Sinar Harian
Sinar Harian
12/03/2023
22:44 MYT
'Belajar daripada kesilapan lalu'
Ahmad Faizal ketika berucap dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM, Kuala Lumpur - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR: Jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan agar belajar daripada kesilapan lalu khususnya tidak 'mencari' pengundi apabila tiba hari mengundi sekiranya ingin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau amat yakin gerak kerja yang lebih sempurna sudah pasti akan memberi kejayaan dalam usaha parti untuk menubuhkan kerajaan.
"Jangan ada bendera simpan dalam stor, jangan cari pengundi tunggu esok tiba-tiba sudah masuk hari untuk mengundi. Saya harap sangat supaya kita semua belajar daripada kesalahan lepas dan tidak akan ulanginya lagi.
"Sekarang kita tiada duit tetapi saya masih ingat waktu mula-mula Bersatu ditubuhkan, kita masih berjaya buat pelbagai program dan usahakan dana.
"Kalau kita benar-benar ikhlas kita mampu lakukan sekali lagi," ujarnya pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM di sini.
Tambah Ahmad Faizal, Allah akan permudahkan segala urusan sekiranya ada usaha.
"Insya-Allah apapun yang mereka lakukan pada kita Allah maha besar bukan mereka. Kalau usaha, Allah tunjukkan jalan mudahkan urusan, saya yakin kita dapat berjaya," jelasnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Ahmad Faizal Azumu
#pilihan raya negeri
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan