awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Rakyat sudah muak bermain politik - Ahmad Faizal

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/11/2020
07:33 MYT
Belanjawan 2021: Rakyat sudah muak bermain politik - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata tiada alasan kukuh untuk ahli Parlimen menolak satu peruntukan terbesar dalam sejarah pembentangan belanjawan, yang disifatkan beliau mampu meringankan beban rakyat yang berdepan impak COVID-19. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui rakyat sudah muak dengan sikap wakil rakyat yang terlalu bermain politik.
Bagaimanapun, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ahli Parlimen telah membuktikan sebaliknya apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 lulus pada peringkat dasar di Dewan Rakyat, pada Khamis.
"Alhamdulillah semua ahli Parlimen dapat menjunjung titah Yang diPertuan Agong, malah hari ini saya terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara menyebut bahawa Seri Paduka Baginda amat gembira selepas belanjawan negara diluluskan pada peringkat dasar," katanya menerusi temu bual dalam Buletin AWANI Khas, di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Menteri Besar Perak itu berpandangan, tiada alasan kukuh untuk ahli Parlimen menolak satu peruntukan terbesar dalam sejarah pembentangan belanjawan, yang disifatkan beliau mampu meringankan beban rakyat yang berdepan impak COVID-19.
"Kenapa kita nak tentang perkara baik sebegitu tetapi hari ini saya kira semua ahli Parlimen dan ahli politik perlu menjuruskan pemikiran dan usaha masing-masing untuk memastikan segala yang dihasratkan melalui belanjawan tersebut akan tercapai.
"Maka ada tanggungjawab dalam kalangan ahli Parlimen backbenchers kerajaan ataupun daripada pembangkang dan bebas untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan kementerian dapat menyalurkan program, aktiviti dan juga dana yang seharusnya pergi kepada golongan sasar tercapai," ujarnya.
Pada Jumaat, RUU Belanjawan 2021 diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#PPBM
#Menteri Besar
#Parlimen
#pembangkang
#Belanjawan 2021
#Ahmad Faizal Azumu
#Perikatan Nasional
#UMNO
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan