awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada serahan nama MB Johor - Anwar Ibrahim

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
11/04/2019
21:03 MYT
Belum ada serahan nama MB Johor - Anwar Ibrahim
Anwar ketika menyampaikan ceramah pada kempen PRK DUN Rantau di Siliau, Negeri Sembilan pada Khamis. - Astro AWANI/Sahlizah Mohamed
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan belum ada sebarang serahan nama kepada pihak Istana Johor berhubung pengganti menteri besar negeri itu.
Menurut Anwar, ia berikutan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kini sedang bercuti.
“Tuanku sedang bercuti. Tanya Tun Mahathir,” katanya pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas menyampaikan ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Siliau, Negeri Sembilan.
Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meletakkan jawatan berkuat kuasa Isnin.
Berita peletakan jawatan itu diumumkan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.
“Saya dah jawab keputusan ikut perlembagaan. Usul nama dan parti yang mendapat mandat majoriti dipersembahkan kepada Tuanku untuk diperkenan.
“Perlembagaan jelas. Maknanya calon yang dipercayai akan mendapat dukungan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri adalah seperti apa yang disebut Tun Mahathir.
“Nama itu dikemukakan dan kita bersetuju nama itu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mendapat dukungan majoriti dan tunggu perkenan Tuanku,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Johor
#Ketua Umum Pakatan Harapan
#Menteri Besar Johor
#Osman Sapian
#Sultan Ibrahim Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan