KOTA BHARU: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin enggan mengulas penubuhan platfom baharu politik yang dikenali sebagai Parti Negara Malaysia (PNM) yang dikaitkan dengan beliau.
Sebaliknya, ketika ditanya mengenai kesahihan dakwaan yang dicetuskan mengenai penglibatan beliau dalam parti baharu itu, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, perkara itu saling tidak ubah sekadar desas-desus.
“Desas-desus… desas-desus… desas-desus lah…” ringkas kata Zuraida dalam sidang media selepas majlis penyerahan dokumen Kenaf Grading Standard di Galeri Kenaf, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian di sini, pada Ahad.
Terdahulu sumber memaklumkan sebuah parti politik yang diterajui beliau akan ditubuhkan pada akhir bulan ini.
Parti politik baharu itu terbuka menerima menerima keahlian pelbagai kaum dengan penubuhannya bertitik tolak pada tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak menerima sebahagian daripada ahli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penyokong Zuraida serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Media difahamkan, penubuhan parti baharu itu bagi membolehkan penyokong beliau dan penyokong Azmin bergerak dalam sebuah platform selepas tersingkir sebagai ahli PKR.
PNM, bagaimanapun, difahamkan akan kekal berada dalam blok dan menjadi penyokong kerajaan hari ini.
Sumber turut mendakwa, beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak menyokong PKR juga akan akan menyertai parti baharu itu.
Astro AWANI difahamkan, pengenalan dan pelancaran parti baharu itu akan dibuat di ibu negara hujung bulan ini.
Untuk rekod, Zuraida dan Azmin kini merupakan ahli Bersatu selepas disingkirkan daripada PKR.
Muhafandi Muhamad
Sun Oct 03 2021
Datuk Zuraida Kamaruddin enggan mengulas penubuhan platfom baharu politik yang dikenali sebagai Parti Negara Malaysia (PNM) yang dikaitkan dengan beliau. - Gambar fail
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok
Jasad mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna akan diberikan penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut di lokasi yang dipersetujui waris di Serian.
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Benarkah Parti Negara Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi? Ini penjelasan Zuraida...
Zuraida Kamaruddin enggan jelaskan dakwaan penglibatan beliau dalam Parti Negara Malaysia.