MARANG: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh rakyat agar memberi mandat kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Beliau berkata, walaupun gabungan parti itu tidak menyediakan manifesto ketika mengambil alih kerajaan, agenda membahagiakan rakyat yang diutamakan membuktikan prestasi cemerlang PN dalam mentadbir negara.
"Walaupun tidak mempunyai manifesto, tetapi PN sudah membuktikan kemampuan apabila berjaya menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat ketika kemuncak penularan pandemik Covid-19, dua tahun lalu.
"Agenda utama PN adalah memulihkan ekonomi dan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat yang masih terkesan berikutan kenaikan harga barang," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PN peringkat Terengganu di pekarangan Masjid Rusila, di sini, malam Sabtu.
Majlis pelancaran PN peringkat negeri itu dirasmikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hadir sama Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Badan Pimpinan Parti Bersatu (Bersatu) negeri, Senator Datuk Razali Idris.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, PN turut menawarkan kepada rakan parti lain termasuk UMNO supaya mengambil tanggungjawab bersama untuk menyelamatkan negara.
"Kita minta rakyat memberi mandat kepada PN untuk membina kerajaan yang kukuh dan kuat. Sebab itulah kita ambil langkah melancarkan PN di seluruh negara.
"Kita ajak rakan-rakan daripada UMNO dan parti-parti lain ikut sama dalam PN untuk bersama-sama mengambil tanggungjawab selamatkan negara, bukan berebut kuasa," katanya.
Sementara itu, Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, PN diasaskan daripada penyatuan parti Melayu Islam dan parti bukan Islam yang tidak ekstremis bagi menggantikan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, gabungan itu juga menjadi galang ganti untuk berdepan krisis politik, kesihatan dan ekonomi pada 2020.
"Imej stabil yang ada pada PN dan keprihatinan terhadap rakyat serta kewibawaan berdepan krisis menjadi penanda aras untuk membuktikan kewibawaan PN mentadbir negara dan negeri.
"Saya yakin, dengan izin ALLAH SWT, Terengganu akan dikekalkan kemenangan dan kita akan dapat kemenangan untuk mentadbir Putrajaya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 31 2022
Muhyiddin (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Abdul Hadi pada Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Peringkat Terengganu di Masjid Rusila malam tadi. - Foto BERNAMA
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy
Seruan Anwar yang meminta Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan mewakili sebuah kampung agar masalah disalurkan secara terus kepada platform yang tepat merupakan inisiatif baik.
AWANI 7:45 [07/05/2024] - Buru dalang simbah asid | Pokok tumbang ragut nyawa | JDT lawan Selangor | 110 kontena Malaysia ke Gaza
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
- Serangan asid, Faisal Halim kritikal, seorang lagi suspek direman
- Pokok gergasi tumbang, seorang maut, seorang parah
- JDT lawan Selangor, Piala Sumbangsih tetap berjalan, polis beri amaran elak provokasi
- Misi bantuan kecemasan, PM dijangka ke sempadan Rafah bulan depan
- Serangan asid, Faisal Halim kritikal, seorang lagi suspek direman
- Pokok gergasi tumbang, seorang maut, seorang parah
- JDT lawan Selangor, Piala Sumbangsih tetap berjalan, polis beri amaran elak provokasi
- Misi bantuan kecemasan, PM dijangka ke sempadan Rafah bulan depan
AWANI Ringkas: Polis kesan pemilik akaun timbul kebencian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Bayi maut, jangkitan kuman di rumah pengasuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
PRK KKB: PN ketandusan idea, main isu perkauman - Fahmi
Fahmi minta jentera PN bagi PRK KKB itu supaya menghentikan bermain dengan sentimen perkauman kerana ia ibarat "senjata makan tuan".
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.