Skip to main content

Politik

Berita palsu! Himpunan bantahan PH di Petaling Jaya adalah tidak benar

71525863045_beritapalsu.jpg
Berita yang tular berkaitan cadangan mengadakan himpunan bantahan oleh calon-calon Pakatan Harapan (PH) disahkan palsu.

Memetik kenyataan rasmi daripada laman rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mesej yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp tersebut adalah palsu. 

Penyebaran berita mengenai himpunan membantah keputusan PRU14 oleh calon-calon PH adalah palsu.

Sebelum ini, terdapat mesej yang disebarkan mengatakan calon-calon PH akan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kononnya memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Wartawan Astro AWANI, Luqman Hariz, yang kini berada di Ibu Pejabat PPBM di Petaling Jaya turut memberitahu berita itu adalah palsu selepas beliau sendiri bertanyakan hal tersebut kepada wakil parti itu.

Advertisement

Must Watch Video