[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Johainizamshah fokus selesai isu tanah, optimis tawan hati pengundi
![[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Johainizamshah fokus selesai isu tanah, optimis tawan hati pengundi [BERITA TERKINI] PRN Sabah: Johainizamshah fokus selesai isu tanah, optimis tawan hati pengundi](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/71763193447_Johainizamshah.jpg)
Johainizamshah berkata, isu permohonan tanah oleh masyarakat setempat perlu diselesaikan segera kerana masih terdapat pemohon yang menunggu sejak puluhan tahun lalu. - foto Astro ARENA
KINABATANGAN: Penyelesaian permohonan tanah penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, menjadi fokus calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Johainizamshah Johari, bagi kerusi Dun itu, sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.
Ringkasan AI
- Johainizamshah Johari, calon GRS untuk DUN Lamag, mengutamakan penyelesaian permohonan tanah penduduk melalui Program Khas Perkhidmatan Negeri Sabah (PANTAS) jika terpilih pada PRN Sabah ke-17, dengan pemohon tanah sejak 1990-an masih menunggu penyelesaian.
- Selain itu, beliau berjanji menyediakan rumah percuma untuk golongan miskin tegar, tambahan kuota rumah untuk belia baru berkahwin, serta menangani masalah bekalan air dan elektrik di beberapa kawasan termasuk Kampung Balat, Kampung Sangau, dan Kampung Lokan.
- Memfokuskan kepada pembinaan kompleks sukan Kinabatangan sebagai infrastruktur penting yang diidamkan oleh belia-belia setempat, Johainizamshah menekankan bahawa pilihan raya ini adalah penentu yang berpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan bijak.
“Di Lamag ini, perkara pertama yang akan kita selesaikan ialah pemohon-pemohon tanah bagi Geran PANTAS yang masih belum selesa dan ini perlu kita teruskan.
“Selanjutnya rekod kita, sepanjang tiga tahun kita memimpin DUN Lamag ini, semua pemohon tanah sebanyak RM442,000 telah berjaya kita selesaikan. Dan kesemua pemohon-pemohon tanah itu adalah sejak 1990-an lagi,” katanya.
Johainizamshah berkata demikian sewaktu ditemui media selepas selesai proses penamaan calon bagi Dun Lamag, di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.
Tambahnya, beliau akan turut memberi tumpuan kepada bantuan golongan miskin tegar melalui penyediaan rumah percuma di bawah skim Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), termasuk penambahan kuota untuk belia yang baru berkahwin.
Selain itu, isu bekalan air di Kampung Balat, Kampung Sangau dan Kampung Lokan serta masalah elektrik di Kampung Sangau dan Kampung Kulukulu akan diberi perhatian segera.
“Dan seterusnya, kita memfokuskan beberapa infrastruktur yang sudah lama diidamkan oleh belia-belia ini iaitu tidak lain dan tidak bukan pembinaan kompleks sukan Kinabatangan.
“Pilihan raya ini adalah sebuah sistem yang sudah kita amalkan sejak sekian lama. Apabila sudah berpilihan raya, semua itu dipulangkan kembali kepada rakyat.
“Rakyatlah yang menentukan. Saya yakin orang-orang dan pengundi-pengundi DUN Lamag ini bijak-bijak semuanya. Mereka akan buat satu pilihan yang baik,” tambahnya.
Dalam saingan merebut kerusi Lamag di Pantai Timur Sabah ini, Johainizamshah bakal berdepan cabaran daripada lima calon lain termasuk penyandang kerusi dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Empat calon lain termasuk Salehuddin Anoi (Parti Impian Sabah), Mohamad Saifulah Lokman (Warisan), Mazlin Madali (Perikatan Nasional) dan Mohd Ismail Ayob (Bebas).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah fokus utama calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Johainizamshah Johari jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17? A: Johainizamshah Johari menekankan penyelesaian permohonan tanah penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag melalui Program Khas Perkhidmatan Negeri Sabah (PANTAS).
- Q: Berapakah jumlah pemohon tanah yang berjaya diselesaikan oleh Johainizamshah Johari selama tiga tahun memimpin DUN Lamag? A: Johainizamshah Johari telah berjaya menyelesaikan pemohonan tanah sebanyak RM442,000 sejak 1990-an bagi DUN Lamag.
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Johainizamshah Johari berkenaan bantuan kepada golongan miskin dan masalah infrastruktur di kawasan Lamag? A: Johainizamshah Johari berhasrat menyediakan rumah percuma di bawah skim Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) serta memberi perhatian kepada bekalan air dan masalah elektrik di kawasan tertentu. Selain itu, pembinaan kompleks sukan Kinabatangan juga menjadi fokus beliau.
- Q: Siapakah calon lain yang akan bersaing dengan Johainizamshah Johari dalam merebut kerusi Dun Lamag pada PRN Sabah ke-17? A: Johainizamshah Johari akan berdepan dengan lima calon lain iaitu Salehuddin Anoi (Parti Impian Sabah), Mohamad Saifulah Lokman (Warisan), Mazlin Madali (Perikatan Nasional), Mohd Ismail Ayob (Bebas), dan penyandang kerusi serta Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

