awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Indera Mahkota kesal pemecatan Saifuddin tanpa perbicaraan adil

Bernama
Bernama
10/01/2026
02:40 MYT
Bersatu Indera Mahkota kesal pemecatan Saifuddin tanpa perbicaraan adil
Timbalan Ketua merangkap Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota, Mat Zahid Abu Hassan berharap Lembaga Rayuan Bersatu dapat mempertimbangkan rayuan yang bakal dikemukakan Saifuddin (gambar) secara adil, telus dan berhemah demi keutuhan parti.
KUANTAN: Jawatankuasa Bersatu Bahagian Indera Mahkota melahirkan rasa kesal terhadap keputusan Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memutuskan pemecatan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah tanpa melalui perbicaraan yang adil.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua merangkap Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota, Mat Zahid Abu Hassan berharap Lembaga Rayuan Bersatu dapat mempertimbangkan rayuan yang bakal dikemukakan Saifuddin secara adil, telus dan berhemah demi keutuhan parti.
Beliau berkata, pendirian itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian berkenaan yang diadakan semalam.
"(Jawatankuasa ini) menyatakan solidariti bersama Datuk Saifuddin Abdullah dan menyatakan sokongan berterusan kepada kepimpinan beliau," menurut kenyataan itu.
Pada Selasa lepas, Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia, Harris Idaham Rashid dilaporkan berkata Bersatu telah memecat Saifuddin, berkuat kuasa pada 6 Jan.
Harris Idaham dilaporkan berkata, Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Bersatu Indera Mahkota
#Saifuddin Abdullah
#Bersatu pecat Saifuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan